PENGERUSI Parti Pribumi Malaysia Bersatu (Bersatu) Dr Mahathir Mohamad mendakwa dirinya menjadi faktor penyebab pendaftaran rasmi Pakatan Harapan (PH) masih tertangguh, lapor Channel NewsAsia hari ini.
Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu dalam temu bual dengan Channel NewsAsia berkata memandangkan partinya berasaskan orang Melayu berada pada kedudukan terbaik untuk memenangi hati pengundi Umno dan PAS, pada awalnya beliau dicadangkan menjadi pengerusi gabungan pembangkang.

"Malangnya dalam mesyuarat tidak rasmi (antara) pemimpin parti, persoalan menamakan ‘ketua’ sebagai pengerusi atau nama lain.
"Ada yang menentang jawatan pengerusi yang diberikan itu jika saya yang memegang jawatan tersebut. Jika orang lain memegang jawatan itu baik-baik saja, tetapi bukan saya," katanya.
Bersatu bekerjasama dengan PKR, DAP dan Amanah parti serpihan PAS dalam usaha menewaskan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Perdana Menteri Najib Razak pada PRU14.
PH sedang dalam usaha mendaftar dengan Pendaftar Pertubuhan untuk bertanding dalam PRU14 sebagai satu pakatan rasmi tetapi butiran mengenai struktur kepimpinan perlu diselesaikan terlebih dulu.
Dr Mahathir berkata ada cadangan "tidak masuk akal" untuk menamakannya sebagai "penasihat eksekutif" tetapi beliau menolaknya.
“Ini percanggahan, anda tidak boleh menjadi eksekutif dan penasihat pada masa yang sama. Tetapi ini adalah perkara yang menangguhkan mesyuarat kami," katanya.
Satu lagi cadangan ialah untuk Dr Mahathir menjadi pengerusi sementara Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail memegang jawatan presiden sementara suaminya, Anwar Ibrahim ialah penasihat gabungan itu.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update Dong Zong: Selamat maju jaya, Maszlee >> Berita Malay 18Dong Zong: Selamat maju jaya, Maszlee: ULASAN | Tiada rasa dengki mahupun dendam peribadi antara pihak kami dengan Dr Maszlee Malik.
… Read More...
Update PERLETAKAN JAWATAN DR MASZLEE KEMENANGAN BESAR UNTUK DAP? >> Berita Malay 18
Berdasarkan pemerhatian saya, dalam ramai-ramai Menteri, Dr Maszlee Malik adalah Menteri yang paling kerap mendapat serangan daripada … Read More...
Update Dinasihat, Dipecat & Letak Jawatan... >> Berita Malay 18
Dinasihat meletak jawatan adalah bahasa diplomasi politik bagi menggantikan istilah biasa iaitu DIPECAT.
Begitulah perkara sama masa Anwar… Read More...
Update PERLETAKAN JAWATAN DR MASZLEE KEMENANGAN BESAR UNTUK DAP? >> Berita Malay 18
Berdasarkan pemerhatian saya, dalam ramai-ramai Menteri, Dr Maszlee Malik adalah Menteri yang paling kerap mendapat serangan daripada … Read More...
Update Jomo, bekas VC UKM dicadang ganti tempat Maszlee >> Berita Malay 18Jomo, bekas VC UKM dicadang ganti tempat Maszlee: Kumpulan pensyarah IPT, Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) mencadangkan dua nama … Read More...