Wartawan Sinar Harian
15 Jun 2017
SHAH ALAM - Individu yang terlibat dengan majlis berbuka puasa yang digelar sebagai Big Gay Iftar baru-baru ini perlu bertaubat di atas tindakan mereka tersebut.
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Ramadan sepatutnya dihormati bukan mencemarinya dengan menganjurkan program lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
“Menganjurkan program berbuka puasa itu tak ada masalah tapi nampaknya apa yang mereka lebih tonjolkan itu adalah LGBT.
“Tindakan mereka amat dikesali kerana seperti yang semua maklum LGBT adalah bercanggah dengan Islam,” katanya, semalam.
Sehubungan itu, Mohd Azmi berkata, Mapim menegaskan sebarang perkara berkaitan dengan Islam tidak boleh disalahgunakan untuk perkara bertentangan dengan agama suci ini.
“Ini kerana implikasinya nanti orang akan nampak seperti menghina agama,” katanya.
Mohd Azmi turut menyarankan pihak berkuasa mengadakan pertemuan dengan penganjur program terbabit bagi meminta penjelasan lanjut mengenai perkara itu.
Tambahnya, langkah tersebut dapat memberi kefahaman kepada pihak penganjur bahawa tindakan mereka adalah salah dan boleh dikenakan hukuman sewajarnya.
“Mungkin orang lihat penganjuran ini tidak akan mempengaruhi mana-mana pihak namun pelaksanaan program ini sebenarnya telah menunjukkan bahawa gerakan LGBT semakin menular di negara ini,” katanya.
Related Posts :
Update [Video SIAPA PENIPU~Umno Hanya Bodohkan Melayu] Rundingan bukan di media, kata Mukhriz pada ROS. >> Berita Malay 18Ahad, 26 November 2017
Rundingan bukan di media, kata Mukhriz pada ROS
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datu… Read More...
Update [Video Jika Pakatan Menang Melayu tetap berkuasa kerana Cina 22% saja di Malaysia] IN SHA ALLAH, ADA SYURGA MENANTI buat Ketua Pembangkang Kedah. >> Berita Malay 18Ahad, 26 November 2017
INSYA ALLAH, ADA SYURGA MENANTI BUAT KETUA PEMBANGKANG KEDAH
Sekalung dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepa… Read More...
Update {Video FELDA Melayu Selangor & P Pinang Hidup Makmur Sebab Tak Ada Najib Umno] Banjir mula landa Kelantan, 162 mangsa dipindah. >> Berita Malay 18Ahad, 26 November 2017
Banjir mula landa Kelantan, 162 mangsa dipindah
Sejumlah tujuh pusat pemindahan banjir mula dibuka di beberapa kawas… Read More...
Update INSYA ALLAH, ADA SYURGA MENANTI BUAT KETUA PEMBANGKANG KEDAH >> Berita Malay 18Sekalung dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ketua Pembangkang Kedah dan Adun Anak Bukit daripada Pas, Amiruddin Hamzah yang telah … Read More...
Update ((LIVE)) Ceramah PPBM di Felda sungai Tiang, Pendang Kedah >> Berita Malay 18
PENDANG PASTI BERUBAH..
((LIVE)) CERAMAH PENDANG PASTI BERUBAH di Sungai Tiang, Pendang
Bersama
YB Dato'Seri Hj Mukhriz Mahathir
Timbal… Read More...