Ipoh - Polis Perak sedang memburu seorang pemandu lelaki yang didakwa memberi suapan kepada seorang anggota trafik seperti yang tular di media sosial, minggu lepas.
Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, pihaknya memerlukan individu tersebut bagi membantu siasatan selain menjalankan siasatan secara terperinci.
Beliau berkata, anggota trafik berkenaan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh itu kini diberi tugas dalaman sementara menunggu hasil siasatan penuh oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Kami memerlukan pemandu berkenaan supaya siasatan dapat diteruskan," katanya demikian pada sidang media selepas majlis pemakaian pangkat Asisten Superintendan (ASP) dan Sarjan peringkat Ibu Pejabat Kontinjen Perak di sini semalam.
Dalam video berdurasi tujuh saat itu, seorang anggota trafik dilihat bersalaman, dipercayai menerima suapan daripada seorang pemandu lelaki berbangsa Cina ketika menjalankan tugas.
Dalam pada itu, Hasnan berkata, pembabitan kes rasuah dalam kalangan pegawai dan anggota polis di Perak masih terkawal dengan kurang daripada 10 anggota terbabit pada tahun ini.
"Setakat ini, tangkapan warga polis negeri Perak yang terlibat dalam kegiatan ini adalah seramai 15 orang dalam tempoh tiga tahun ini. Yang terakhir sekali, berlaku satu tangkapan lelaki berumur linkungan 30 hingga 40an di Selama, Perak, kira-kira dua minggu yang lepas," katanya.
Sementara itu, dalam majlis tersebut, 25 pegawai menerima kenaikan pangkat ASP, 141 (Sarjan) dan dua pegawai dipakaikan pangkat Superintendan (Supt).
Related Posts :
Update Fuziah: Lembaga pengarah tentukan nasib KP Yapeim >> Berita Malay 18Fuziah: Lembaga pengarah tentukan nasib KP Yapeim: Menerusi video yang tersebar, Abibullah didakwa memberi amaran agar kakitangan yayasan it… Read More...
Update Mazlee dah keluarkan kenyataan PTPTN tak laksanakan sekatan keluar negara! Wan Saiful & Mastura ni ketua dasar & operasi PTPTN mesti bertanggungjawab! Macaibodo? Macai Umno kaki tipu dan mudah kena tipu? Ekeke! [Video Naratif rasis baru yang melanda Malaysia] >> Berita Malay 18Sabtu, 18 Mei 2019
KiniTV
Presiden PKR, Anwar Ibrahim memberi amaran bahawa terdapat naratif rasis baru yang melanda Malaysia, yang merangk… Read More...
Update 212 beg tangan berjenama HERMES aje bernilai RM47 juta? Kaya sungguh kak Ross! Di mana Cuepecs & Azih Muda ketika KWSP, KWAP dan agensi-agensi melibatkan penjawat awam dirompak habis2an NajibBN? [Video PAS GUNA DUIT UMNO PADA PRU14?] >> Berita Malay 18Sabtu, 18 Mei 2019
Jom Channel
Deposit itu telah didokumenkan dengan jelas dan tidak ada penafian oleh UMNO atau Shamsul bahawa dia mendepo… Read More...
Update PKR buat laporan polis siasat Ketua Pengarah Yapeim buat ugutan! Inilah kerja bangsat UMNO selama ini & Pergilah cari kerja dgn DAP [Video Yapeim akui mungkin ada salah laku pengurusan] >> Berita Malay 18Sabtu, 18 Mei 2019
Antara ucapan ugutan beliau.. "Saya akan periksa semua staff Yapeim dgn SPR satu persatu di mana anda mengundi dan men… Read More...
Update Apa dah jadi BONUS raya negeri Kelantan, Terengganu, Perlis & Sabah weiii? Musuh dalam selimut pun orang tak simpan, INIKAN PULA MUSUH YANG NYATA dalam YAPEIM dan PTPTN! [Video KETUA PENGARAH YAPEIM PERLU DISIASAT] >> Berita Malay 18Sabtu 18 Mei 2019
Jom Channel
Ini ekoran daripada klip video ucapan beliau yang memberi amaran kepada kakitangannya supaya tidak mengundi P… Read More...