Seremban - Seorang buruh kasar dijatuhi hukuman penjara selama sebulan dari tarikh ditangkap oleh Mahkamah Majistret Seremban, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah mencederakan isterinya.
Radzuan Jaafar, 36, dituduh memukul kepala dan bahu kiri isterinya menggunakan tangan dalam satu pertengkaran yang berpunca daripada salah faham antara kedua-duanya pada 11 Jun lalu.
Insiden tersebut berlaku di kediaman mereka di Kampung Jun Jun, Mantin, Nilai kira-kira jam 3.30 petang.
Tertuduh tidak puas hati dengan cara isterinya membasuh ayam yang dikatakan tidak bersih dan masih ada darah, selain isterinya itu turut didakwa melawan cakapnya.
Kekasaran berbentuk fizikal yang dilakukan tertuduh terhadap Norain Abdullah, 24, mengakibatkan benjol di kepala dan lebam pada lengan kiri wanita berkenaan.
Oleh itu, tertuduh telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun.
Sebelum itu, tertuduh merayu kepada mahkamah agar dikenakan hukuman paling ringan berikutan perlu menanggung keluarga.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Soo Kok Weng, manakala tertuduh tidak diwakili peguam semasa prosiding dijalankan.
Related Posts :
Update [Video Abang Long, maafkan angah!] YANG SELALU BERTANYA, INI JAWAPANNYA...Dulu tak berlaku adil tindas kami (PH), kenapa sekarang MERAYU suruh adil! >> Berita Malay 18Jumaat, 8 Jun 2018
YANG SELALU BERTANYA, INI JAWAPANNYA...
Suara Rakyat
4hb Jun jam 6.18 pagi ·
Tak abes dg… Read More...
Update Pasai apa Zahid mai jumpa Dr.M... >> Berita Malay 18
Minta otograf kot...
Pagi tadi, bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Pemangku Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mengunjungi Perdana… Read More...
Update Dr M: Hukuman mati Sirul mungkin ditukar hukuman penjara >> Berita Malay 18
Perdana menteri berkata, kerajaan mungkin meringankan hukuman mati ke atas bekas pegawai polis, Sirul Azhar Umar yang disabitkan b… Read More...
Update [Video Butul ka, Dr Zambry, Bekas MB Perak, Enggan Keluar Dari Kediaman Rasmi?] Mengapa dia di benarkan duduk dalam rumah itu? Dia bukan MB lagi...malulah woii! Najib perlu bimbang, Jho Low sudah mahu buka mulut. >> Berita Malay 18Khamis, 7 Jun 2018
Perak di Era UmnoBN!
Jika AMNO berkuasa lagi, negara akan digadai sampai bila-bila.
Najib perlu bimbang, Jho Low sudah… Read More...
Update MELAYU “SCREWED” MELAYU >> Berita Malay 18
oleh:
Wan Fayhsal
MELAYU “SCREWED” MELAYU
Sekarang ini berkeliaran pengkagum Najib Razak menyebar dakyah untuk menakut-na… Read More...