Update Rafizi akan dedahkan lebih banyak bayaran dibuat daripada akaun PM >> Berita Malay 18

LEBIH banyak pendedahan berkaitan dakwaan Perdana Menteri Najib Razak membayar peguam daripada akaun peribadinya beberapa tahun lepas, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini.
Ahli Parlimen Pandan juga mendakwa Najib membayar peguam yang terlibat dalam kes melibatkan pemimpin pembangkang pada 2011, katanya dalam kenyataan itu.
Rafizi mendakwa wang itu datang daripada akaun sama milik Najib, yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana didakwa mempunyai kaitan dengan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Bukanlah satu perkara yang baru atau mengejutkan bagaimana Dato’ Seri Najib boleh menggunakan dana 1MDB yang masuk ke akaun peribadi beliau untuk digunakan membayar peguam yang menguruskan kes Najib (Razak) yang melibatkan musuh politik beliau.”
Dia akan mengadakan sidang media tentang pendedahan itu akan dilakukan pada 1.30 petang esok. Sesi itu akan disiarkan secara langsung melalui akaun Facebooknya.
Najib dan akaun peribadinya menjadi tumpuan ramai selepas Sarawak Report melaporkan dalam artikelnya “Najib Paid Anwar’s Prosecutor RM 9.5 Million From 1MDB Slush Fund WHY?” pada 31 Mei yang Shafee Abdullah ialah “individu yang menerima wang terbanyak daripada akaun yang berkaitan 1MDB”.
Dilaporkan yang Najib membayar Shafee RM5.1 juta pada Febuari 2014 dan RM 4.3 juta pada September 2013.
Laman sesawang itu melaporkan yang wang tersebut datang daripada akaun bank “yang dikenalpasti dibiayai daripada wang yang dicuri perdana menteri daripada anak syarikat 1MDB, SRC, yang meminjam sejumlah RM4 bilion daripada tabung persaraan penjawat awam, KWAP”.
Sarawak Report turut menyebut yang RM5.2 juta didakwa diterima Shafee pada Febuari 2014 dua minggu sebelum Mahkamah Rayuan membatalkan hukuman tidak bersalah ketua pembangkang Anwar Ibrahim kerana kesalahan liwat.
Shafee dilantik sebagai pendakwaraya awam sewaktu proses rayuan untuk membatalkan hukuman tidak bersalah ketua umum PKR itu atas dakwaan liwat pada 2014.
Najib dan Shafee masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan selepas laporan Sarawak Report itu diterbitkan. Shafee juga gagal dihubungi untuk diminta penjelasan.
“Saya memerhatikan bagaimana Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak memberi sebarang maklum balas apabila laman Sarawak Report menyiarkan laporan bagaimana sejumlah wang RM9.5 juta telah dibayar kepada peguam Tan Sri Shafee Abdullah dari akaun peribadi beliau (Najib), yang disyaki menerima dana 1MDB dan syarikat-syarikat berkait dengannya.
“Sementara pendedahan itu akan terus mendapat liputan meluas, saya merasakan Dato’ Seri Najib akan berdiam diri dengan harapan berita-berita itu akan mati begitu sahaja.” kata Rafizi lagi.
Rafizi turut menyentuh tentang satu lagi dakwaan penerimaan dana yang berlaku pada 2011.
“Beliau mungkin lupa bahawa sebelum pembayaran sebanyak RM9.5 juta itu dibuat dalam bulan September 2013 dan Februari 2014, Dato’ Seri Najib pernah membayar peguam-peguam beliau dari akaun peribadi (yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM kerana dituduh menerima dana dari 1MDB) dalam tahun 2011 lagi.” tambahnya.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: