Yang Dipertua PAS Gombak, Salehhuddin Nasir pula mengemas kini Facebooknya baru-baru ini dengan meluahkan rasa benci yang meluap-luap apabila melihat para pemimpin DAP berbuka puasa bersama rakan-rakan muslim dengan catatan berikut:
“Meluat menyampah aku tengok pemimpin DAP buka puasa sekali dengan orang Islam. Menyebok je. Masa lain buat pesta arak dan pesta onani. Haram jadah sungguh. Orang Islam, Allah dah sebut lakum di nukum waliyadin. Sori saya tak perlu pandangan sufi tasauf di sini. DAP musuh Islam. PAN, PKR macai DAP!!”
Namun, di saat PAS dan sekutunya terus meniupkan api kebencian orang Melayu-Islam terhadap DAP di bulan Ramadhan selepas Umno memperhebatkan serangan menerusi buku ‘DAP Bahaya Kepada Melayu-Islam Di Malaysia’, mufti Wilayah Persekutuan pula membuktikan sebaliknya.
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, bukan setakat beliau seorang malah membawa bersama isteri dan anaknya untuk berbuka puasa bersama paderi dalam majlis yang turut dihadiri oleh lebih 100 peserta berbilang agama dan kaum di ibu negara, baru-baru ini.
“Biasanya saya jarang bawa mereka (isteri dan anak),” katanya semasa menyampaikan ucapan ringkas di majlis berkenaan semalam.
Dalam ucapannya, Zulkifli menyatakan Allah Taala mencipta manusia dengan pelbagai latar supaya mereka saling kenal mengenali.
Bagaimanapun perbezaan itu akan mendatangkan masalah jika tidak ditangani dengan betul.
“Mengapa sesuatu bencana berlaku? Ia berlaku sebab kita tidak dapat mengurus salah faham, tidak dapat menguruskannya dengan cara sebenar hingga akhirnya cross of line berlaku,” katanya lagi.
Tindakan Zulkifli tersebut secara terang-terangan membuktikan agama Islam tidak pernah melarang mana-mana umatnya untuk duduk semeja berbuka puasa dengan penganut agama lain.
Tidak mungkin Zulkifli akan berbuat demikian jika tindakannya itu bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar atau bakal mengundang persepsi negatif di kalangan orang Melayu di negara ini yang telah sekian lama menyambut Ramadan dengan bersama-sama berbuka puasa semeja dengan orang Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya.
Di kala pimpinan PAS seperti Salehhuddin dan NGO tersebut cuba memaparkan sikap keras melampau dan menolak kehadiran orang bukan Islam berbuka puasa bersama, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula sempat menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menjaga keharmonian dan perpaduan antara kaum dan bangsa di tanah air tercinta.
“Rakyat Malaysia adalah sinonim dengan budaya ketimuran yang lemah lembut dan sopan santun bersesuaian dengan Rukun Negara iaitu kesopanan dan ketatasusilaan.
“Amat tidak wajar budaya samseng wujud dan membiak dalam negara ini yang tidak memberi faedah dan kebaikan kepada pembangunan negara dan bangsa Malaysia,” kata Abdul Hadi yang baru keluar IJN.
Jika dilihat dalam senario besar masyarakat berbilang kaum di negara ini, bukankah tindakan Guan Eng sebagai salah seorang pemimpin utama negara berbangsa Cina menghadiri majlis berbuka puasa bertujuan menjaga keharmonian dan perpaduan antara kaum dan bangsa.
Bukankah tindakan ramai lagi pimpinan DAP lain menghadiri majlis berbuka puasa dalam skala kecil bertujuan mengeratkan silatuharim antara rakyat berbilang bangsa termasuk di Sabah dan Sarawak, bukan sekadar mahu makan atau menghasut mereka agar membenci antara satu sama lain.
Read More / Baca Lagi >>