Pas menyatakan hasrat untuk meneruskan penggubalan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik jika ia tidak dibentangkan oleh kerajaan.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebelum ini Pas sudah menyatakan sokongan terhadap inisiatif yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan.
“Melalui Gagasan Sejahtera, kita sudah menyiapkan dokumen sokongan dan sudah diserahkan kepada beliau dua bulan yang lalu.

"Pas mengambilkira pandangan yang diberikan oleh jawatankuasa Paul Low dan kami rumuskan bersama supaya ada satu pelan tindakan,” katanya ketika hadir di Program Munaqasyah Rakyat anjuran Lajnah Penerangan Pas Pusat di Dewan Banquet Majlis Bandar raya Shah Alam, semalam.
Beliau berkata, Pas berharap agar Paul Low dapat membawa perkara ini ke Parlimen pada masa akan datang bagi mewakili kementeriannya.
“Pas juga bersedia untuk membawa rang undang-undang ini secara bersendirian jika kerajaan tidak melakukannya. Tetapi setakat ini, kami menyatakan sokongan sepenuhnya.
Tambahnya, akta itu sangat penting memandangkan wujud dua isu besar yang sering berlaku ketika pilihan raya umum.
“Isunya adalah dana yang diberikan kepada parti-parti politik dan juga politik wang. Kedua-dua isu ini boleh merosakkan parti dan negara.
“Di Malaysia tidak ada akta yang mengawal politik kecuali akta pilihan raya yang mengehadkan jumlah duit kempen pilihan raya umum. Itu sahaja,” jelasnya.
Beliau berkata, disebabkan tiada akta khusus, berlaku di mana sesetengah menteri yang tiba-tiba pembuat pengisytiharan sebagai langkah memancing undi.
“Apabila tidak ada akta, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh berbuat apa-apa.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update UPSI tawar program Smart Master dan Smart PhD khas buat para guru >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR 7 Dis. - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menawarkan program Smart Master dan Smart PhD kepada para guru yang ingin … Read More...
Update 12 pesakit perempuan tuduh bomoh lakukan pelecehan seksual >> Berita Malay 18
09 Disember 2018
Joao Teixiera de Faria yang dikenal sebagai Joao de Deus (AFP)
SEJUMLAH wanita mengungkapkan… Read More...
Update SUHAKAN PATUT PANGGIL KU LI DAN KIT SIANG JOIN SEKALI >> Berita Malay 18
PATUT-PATUT PANGGILLAH MENTERI PAKATAN HARAPAN SEKALI, SURUH DEPA BAWA SYOR DALAM PARLIMEN. DR MAZAPUN UNDANG SEKALI, TU BARU ANAK JANTAN… Read More...
Update Himpunan 812, pesta Melayu puja kemungkaran... >> Berita Malay 18
Kita salut pada puak perompak, munafik, berjaya menghimpunkan ribuan lembu, kerbau, kambing, ayam itik datang berpesta menjulang kemungka… Read More...
Update Menteri Singapura Ugut Malaysia, Menteri Pertahanan Malaysia Sibuk Dengan Keropok Lekor >> Berita Malay 18
Menteri Pertahanan Malaysia didapati sibuk membuat kenyataan mengenai industri keropok lekor di Seri Tanjung, Mersing, Johor di dalam lam… Read More...