Peguam itu enggan menjawab soalan bertubi-tubi daripada wartawan mengenai dakwaan menerima sejumlah wang besar daripada perdana menteri.
VIDEO INSIDE

KUALA LUMPUR: Tan Sri Shafee Abdullah yang kini di tengah-tengah tuduhan menerima RM9.5 juta daripada akaun peribadi perdana menteri hari ini cuba mengelak pertanyaan wartawan, sambil berkata akan membuat kenyataan.
Peguam yang dilantik khas oleh kerajaan untuk mengetuai pasukan pendakwaan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim 2 tahun lalu itu juga enggan menyatakan sama ada beliau menafikan tuduhan menerima RM9.5 juta daripada Datuk Seri Najib Razak.
“Saya akan buat satu kenyataan, tetapi bukan hari ini. Saya akan berikan kenyataan media. Saya akan beritahu anda,” kata Shafee kepada wartawan yang bergegas mendapatkan komen beliau, sebelum meninggalkan perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
Sarawak Report baru-baru ini mendakwa Shafee menerima 2 transaksi wang daripada Najib.
Laman itu turut menerbitkan gambar 2 slip menunjukkan sejumlah RM9.5 juta yang dibayar pada September 2013 dan Februari 2014, 2 minggu sebelum Mahkamah Rayuan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi untuk membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Keputusan itu disahkan pada 2015 oleh Mahkamah Persekutuan, yang menghukum Anwar 5 tahun penjara.
Hari ini, bekas ketua pembangkang Dewan Rakyat itu memfailkan saman pemula terhadap kerajaan Malaysia bersandarkan dakwaan portal itu, dengan berkata ia menunjukkan beliau tidak mendapat perbicaraan adil.
Sebelum ini, Putrajaya berkata Shafee hanya dibayar upah guaman sebanyak RM1,000 untuk perkhidmatannya. FMT
Related Posts :
Update [Video Orang Cina Kena Undi AMANAH, Pas Dah Tak Relevan di Kelantan!] APA PENDIRIAN UMNO DAN PAS SEKARANG MENGENAI AMANAT HADI? >> Berita Malay 18Ahad, 27 Ogos 2017
APA PENDIRIAN UMNO DAN PAS SEKARANG MENGENAI AMANAT HADI?
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita ada… Read More...
Update [Video Tun M: Matawang kita jatuh teruk & Saya sedih dengan Pas dah jadi pemecah belah Melayu] #NajibPerompakUmnoPenyangak, Rakyat Menderita! Pas jangan jadi seperti Mat Jenin >> Berita Malay 18Ahad, 27 Ogos 2017
Suara Rakyat
Suka Halaman Ini · 24hb Ogos ·
Ligat kepala hotak licin menteri ken… Read More...
Update [Video Janji 'Pakatan Rakyat'? Tun M tersasul (lupa) di Kelantan] NAJIB SEMAKIN PANIK, PERTUKARAN KERAJAAN KIAN MENAKUTKANNYA! >> Berita Malay 18Ahad, 27 Ogos 2017
NAJIB SEMAKIN PANIK, PERTUKARAN KERAJAAN KIAN MENAKUTKANNYA
Baru dua hari lalu Najib Razak menulis di blognya denga… Read More...
Update MuftiPerlis:Kita ada DOA, SELAWAT tapi Kurang AMANAH URUS HARTA AWAM berbanding Sweden, Norway, Denmark, Jepun yang bukan Islam >> Berita Malay 18
Mufti Perlis Datuk Asri Zainul Abidin hari ini berpandangan negara bukan Islam seperti Sweden, Jepun dan Australia menunaikan arahan Tuhan… Read More...
Update [Video 'Kita Bersaudara' TAHNIAH Malaysia SYABAS Garudaku] Juara bertahan Thailand mara ke final bola sepak & Bekas PM Thailand Yingluck lari ke Dubai! >> Berita Malay 18Ahad, 27 Ogos 2017
Juara bertahan Thailand mara ke final bola sepak
Pemain Thailand meraikan gol jaringan ketua pasukan Chenrop Samph… Read More...