Reaksi Peguam Negara (AG), Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung tindakan terkini Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat terhadap penyelewengan dana 1MDB adalah "menggelikan hati", kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam tulisan di blog sejak DOJ memfailkan saman sivil pada Khamis lalu, bekas perdana menteri itu berkata, kenyataan Apandi bahawa Jabatan Peguam Negara tidak dirujuk oleh DOJ adalah aneh memandangkan Malaysia tidak pernah memberikan kerjasama dengan penyiasat asing.
"Tetapi peguam negara diketahui tidak bekerjasama dalam siasatan 1MDB dengan rakan asing. Peguam negara Switzerland telah menyatakan ini dengan jelas.
"Beliau menyatakan 'walaupun berulang kali (Peguam negara Malaysia) berkata akan bekerjasama dengan mana-mana agensi asing menyiasat skandal 1MDB, (ia) enggan memberikan jawapan kepada permintaan pejabat Peguam Negara Switzerland untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai isu itu'," tulis Mahathir .
Beliau merujuk dakwaan berulang kali oleh Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber bahawa rakan sejawatannya dari Malaysia tidak menyahut permintaan untuk mendapatkan Bantuan Perundangan Bersama (MLA).
Apa yang AG harapkan?
Mahathir juga berkata "kekecewaan" Apandi bahawa DOJ gagal memaklumkan Jabatan Peguam Negara Malaysia adalah tidak berasas kerana tuduhan pengubahan wang haram itu berlaku di Amerika Syarikat.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update Mahathir The Tiger Paper & PH-DAP Tolak Dasar Bumiputera! >> Berita Malay 18
… Read More...
Update “Kak Maya Karin, saya boleh cakap Bahasa Inggerislah...” >> Berita Malay 18
“SAYA nak kabo (jelaskan) kenyataan (selebriti) Maya Karin dalam statusnya di Twitter sebelum ini silap, walaupun dia (pelakon itu) doh ta… Read More...
Update PEKEBUN, PENEROKA PULA JADI MANGSA... PH TERUS BAWA KEROSAKAN >> Berita Malay 18
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin jika India memboikot minyak sawit negara, rakyat akan terkes… Read More...
Update PEKEBUN, PENEROKA PULA JADI MANGSA... PH TERUS BAWA KEROSAKAN >> Berita Malay 18
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin jika India memboikot minyak sawit negara, rakyat akan terkes… Read More...
Update Itu satu tindakan biadab - Maszlee >> Berita Malay 18
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, hari ini mengarahkan agar komik kontroversi garapan Hew Kuan Yau tidak disebarkan di mana-mana sekol… Read More...