Gesaan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar itu susulan saman terkini Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) yang mendedahkan lebih RM19 bilion disalahgunakan melalui 1MDB.
Beliau berkata isu 1MDB mencemarkan imej negara, baik di mata rakyat Malaysia dan dunia, dan anggota Parlimen BN masih berada di dalam penafian.
Beliau juga mempersoalkan apa yang lebih mengejutkan – pendedahan terkini DoJ atau penafian Peguam Negara Mohamed Apandi Ali berhubung rasuah dalam kerajaan yang amat nyata.
"Ahli Parlimen yang sama bertanggungjawab dalam pembentukan kerajaan dan pentadbiran 1MDB ini, mesti cukup berani untuk menangani dakwaan yang serius, untuk menstabilkan ekonomi Malaysia dan memberi keutamaan kepada kekurangan peluang pekerjaan dan peningkatan kos sara hidup rakyat kita," katanya.
Dalam saman sivil terkini difailkan di Amerika Syarikat pada Khamis, DoJ menganggarkan 1MDB menyalahgunakan dana lebih RM19 bilion, dengan lebih RM7 bilion nilai aset beku pelucuthakan yang belum selesai.
"Maklumat terkini ini sepatutnya memberi amaran bagi kegagalan seseorang yang sebelum ini hanya 'begitu prihatin' tentang sikap tidak bertanggungjawab Perdana Menteri Najib Razak mengenai keadaan ekonomi di negara ini," kata Nurul, yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai.
Beliau menegaskan pada 2010, pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim, memberi amaran yang kekurangan ketelusan dan akauntabiliti skim 1MDB meramalkan tujuannya yang hanya memperkukuhkan perdana menteri dan kroni BN serta Umno.
Setahun sebelum itu, pembangkang menolak pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), mengetahui kerajaan BN akan menggunakan dana ini untuk mengatasi pembaziran perbelanjaan dan rasuah yang berleluasa.
Read More / Baca Lagi >>