
Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali didesak perlu menyegerakan dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak susulan pendedahan terbaharu Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat berkaitan dana 1MDB yang berhubungkait dengan Malaysian Official 1 (MO1).
Timbaan Ketua Pemudanya, Faiz Fadzil menjelaskan semua keterangan yang didedahkan DOJ itu sudah diketahui peguam negara sebelum ini sebagaimana hasil siasaaan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bahkan beliau turut mendesak Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bersikap lebih profesional dan diligent untuk mencampuri tindakan DoJ ini kerana ia bukan tindakan saman sivil, tetapi tindakan jenayah.
"Fakta yang didedahkan adalah berhubung salahlaku jenayah Perdana Menteri di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) dan AMLA.
"SPRM pula hendaklah menghantar semula kertas siasatan dan syor pertuduhan terhadap Perdana Menteri kepada Peguam Negara. Amatlah diharapkan agar Peguam Negara menjaga kepentingan dan maruah negara mengatasi MO1.
"Adalah amat penting untuk Peguam Negara memelihara keluhuran undang-undang," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Pendedahan yang dibuat oleh DoJ telah mendedahkan bagaimana wang AS$620juta yang dipulangkan MO1 kepada “penderma”.
" Ironinya, identiti penderma yang dimaksudkan itu juga masih kabur dan penuh tanda tanya.

"Tindakan DoJ ini telah membantu rakyat Malaysia untuk memahami ke mana wang yang telah dipulangkan oleh MO1 atau Perdana Menteri Datuk Seri Najib. Fakta adalah terlalu jelas seumpama mentari pagi bahawa MO1 adalah Najib Razak dimana beliau digambarkan sebagai individu yang menerima AS$681 juta (RM2.6 billion) daripada wang 1MDB yang mana jumlah tersebut disahkan Tan Sri Apandi walaupun dikatakan derma.
"Tiada menteri lain yang mengakui MO1, malahan Najib Razak juga tidak menafikannya. Tambahan pula, pengakuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa MO1 adalah Najib Razak telah mengesahkan fakta ini," jelasnya.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update FITNAH : RAJA PETRA DAPAT AMARAN DARI TAIKUN JACK MA >> Berita Malay 18Blogger Raja Petra Kamarudin (RPK) kantoi menipu
Blogger kontroversi yang kini berada di London, Raja Petra Kamaruddin telah menarik b… Read More...
Update MASALAH AIR: PENDUDUK CHINI TERUS DIBANTU >> Berita Malay 18
Sebanyak 2,500 botol air yang setiap satu berisi 20 liter air telah diserahkan kepada penduduk Chini Timur 1, 2, 3, dan Sentuha… Read More...
Update MASALAH AIR: PENDUDUK CHINI TERUS DIBANTU >> Berita Malay 18
Sebanyak 2,500 botol air yang setiap satu berisi 20 liter air telah diserahkan kepada penduduk Chini Timur 1, 2, 3, dan Sentuha… Read More...
Update [Video Untuk Jufazli. Jadi Pengecam Yang Bijak Dan Playsafe!] 'Kereta Terbang' ni cita2 PM kleptokrat rupanya? Anwar: Usahlah laga-lagakan lagi. >> Berita Malay 18Jumaat, 29 Mac 2019
Tumpang sekole.
Cita2 PM kleptokrat rupanya..
Anwar: Usahlah laga-lagakan lagi
Perbezaan pendapat dalam PKR ketika … Read More...
Update [Video Jack Ma Tidak Mahu Lagi Melabur Di Malaysia?] Raja Petra penulis bagi Ulama Hadi pun bimbang ke? Rantau - Mujarab RM90 joterr! Bekas MB Negeri Sembilan sebelum PRU14 ada beri apa? >> Berita Malay 18Jumaat, 29 Mac 2019
Raja Petra Penulis bagi Ulama Hadi pun bimbang ke?
Pakatan Harapan Supporters
Tak Nak BN
Bekas MB Negeri Sembilan s… Read More...