Tindakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat mengemukakan saman sivil terbaharu untuk merampas tambahan aset AS$540 juta yang didakwa diperoleh dengan dana yang diselewengkan dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah bersifat politik.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata ia berikutan DoJ tidak pernah membuat sebarang permohonan rasmi kepada Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan sebarang keterangan atau maklumat lanjut terhadap tuntutan yang dikemukakan oleh mereka.
"Jika mereka minta (sebarang maklumat berkaitan 1MDB) adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberi bantuan. Jadi saya buat rumusan tindakan itu berbaur politik.
"Tindakan DoJ juga dipercayai berdasarkan maklumat yang diberi oleh segelintir pihak dari Malaysia sendiri," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Hari Keluarga Tok Awang Gagah di Salor, Kota Bahru hari ini.
Majlis berkenaan dihadiri kira-kira 800 anggota keluarga keturunan Tok Awang Gagah atau nama sebenarnya Awang Kamarudin yang merupakan salah seorang pendekar yang digeruni di Kelantan sekitar 1920-an. Mohamed Apandi merupakan cicit kepada Awang.
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam surat terbukanya baru-baru ini dipetik sebagai berkata sejarah mengajar bahawa campur tangan asing dalam hal ehwal dalaman negara hanya akan membawa kerugian.
Beliau turut dipetik sebagai berkata mereka yang mahu orang asing campur tangan dalam hal ehwal Malaysia untuk mendapat keuntungan politik adalah ˜tidak beriman dan budiman".
Related Posts :
Update 'Semalam Kami Main Bola Bersama, Hari Ini Mereka Dah Tiada' >> Berita Malay 18
Kuala Krai - "Saya sempat bermain bola sepak dengan rakan sebelum berbuka puasa petang semalam dan hari ini, mereka semua sudah meninggal d… Read More...
Update Umno tak guna dana Yayasan TH beri sumbangan sembang Azeez >> Berita Malay 18
Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini berkata Umno tidak pernah menggunakan dana daripada Yayasan Tabung … Read More...
Update Tragedi Anak Tahfiz: Mangsa Ketujuh Meninggal Dunia >> Berita Malay 18
Seorang lagi pelajar tahfiz dari Pusat Tahfiz Al Hashimi, Tualang, Kuala Krai, Mohd Hakimi Mohd Dahlan, 17, yang parah dalam kemalangan mem… Read More...
Update Sekam sudah berpisah dari padi, kata PPBM >> Berita Malay 18
Tindakan beberapa pemimpin penaja Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM) dan para pengikut mereka bertindak meninggalkan parti itu disifatk… Read More...
Update BAYAR JUTA SANA, JUTA SINI, TAPI KENAPA ADUN BN SENDIRI DIBIARKAN MUFLIS? >> Berita Malay 18Speaker DUN Kelantan, Abdullah Ya'kub semalam mengisytiharkan Adun BN Nenggiri dalam kawasan Parlimen Gua Musang, Mat Yusoff Abd Ghani hilan… Read More...