Timbalan presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa semua wakil rakyat tanpa mengira parti bersatu dalam menyatakan pendirian berhubung pendedahan terbaru Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat.
Khamis lalu, DoJ memberitahu siasatannya mendapati kecurian lebih AS$4.5 bilion (RM19 bilion) telah berlaku dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Saya menyeru kepada semua wakil rakyat tanpa mengira pertalian politik, gabungan atau parti agar menyatakan pendirian bersama dengan pendedahan terkini berpandukan sumpah sebagai ahli Parlimen dan menggesa kleptokrat, sesiapa dan di mana sahaja mereka berada, dibawa ke muka pengadilan," kata Azmin dalam satu kenyataan.
DoJ menfailkan saman sivil terkini untuk untuk merampas AS$540 juta dalam aset yang dikatakan dibeli dengan wang dicuri daripada 1MDB.
Ini adalah penyitaan ketiga dimulakan DoJ, menjadikan jumlah yang didakwa disalahgunakan daripada 1MDB kepada AS$4.5 bilion.
Azmin yang juga menteri besar Selangor berkata, mana-mana pihak yang dituduh melakukan salah laku wajar digantung tugas sementara siasatan dijalankan.
"Dengan mana-mana standard asas demokrasi, sesiapa dicemar dengan sebarang skandal besar akan disiasat manakala sesiapa yang memegang jawatan awam perlu digantung sementara menunggu siasatan diselesaikan," katanya.
DoJ dalam samannya berkaitan dana 1MDB yang diseleweng yang turut menyebut tentang isteri Malaysian Official 1 (MO1).
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman mengesahkan bahawa MO1 yang dinamakan dalam saman pertama DOJ pada tahun lalu adalah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Azmin turut membidas Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar kerana mengatakan saman DOJ terkini semata-mata perkara sivil.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update [Video 'YB Samseng' {Timb. Pengerusi DAP Melaka) Dari Umno ke DAP, kemenangan tebus kekalahan bapa] Ingat YB, kamu jadi KULI rakyat, bukan BULI rakyat macam UMNO buat dulu! Tok Adi bakal mengali kubur utk kebumikan Pas di PRK PD. >> Berita Malay 18Khamis, 11 Oktober 2018
Otai BERSIH
Saya akui YB ni kasar. Tapi tu cite lain, yang saya nak bagitahu. UMNO ni dah tahu kelemahan tiap waki… Read More...
Update [Video Fasa Peralihan Monsun Barat Daya-Fenomena hujan lebat, ribut petir serta angin kencang] TV3 Kering Sudah Air Mata & Palu sebelum GEMPA! Lembaga Pengampunan Diraja untuk Anwar & Kes permata Lubnan: Permohonan Rosmah ketepi saman ditolak. >> Berita Malay 18
… Read More...
Update Ahli Parlimen Labuan sahkan keluar Umno >> Berita Malay 18Ahli Parlimen Labuan sahkan keluar Umno: Datuk Rozman Isli mengesahkan beliau akan menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN).
… Read More...
Update MANIFESTO PH WUJUDKAN SEJUTA PEKERJAAN BERTUKAR JADI SEJUTA HILANG PEKERJAAN >> Berita Malay 18
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak seharusnya berpendirian dangkal dalam isu MMC Gamuda kerana… Read More...
Update MANIFESTO PH WUJUDKAN SEJUTA PEKERJAAN BERTUKAR JADI SEJUTA HILANG PEKERJAAN >> Berita Malay 18
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak seharusnya berpendirian dangkal dalam isu MMC Gamuda kerana… Read More...