
1. Laporan tuntutan baru yang di keluarkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) terhadap aset-aset yang dibeli menggunakan wang 1MDB ada sangat berat dan mencalarkan nama Malaysia dan PM Najib.Pendedahan tersebut meliputi pembelian kapal layar,rantai tangan,harta intelektual (filem) dan sebagainya yang berjumlah AS$540 milion bersamaan RM2.3 bilion.Pendedahan baru oleh DoJ mengaitkan pembelian barang kemas untuk Isteri MO1.Menteri di JPM telah memperakui Najib adalah MO1.
2. Pendedahan sebelum ini individu MO1 telah menerima wang AS$681 juta (RM2.6 billion) daripada wang 1MDB dan jumlah tersebut diperakui Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali cuma dikatakan wang tersebut adalag derma dari Raja Arab.Pendedahan yang terbaru mendedahkan sebanyak AS$27.3 juta digunakan untuk membeli loket dan rantai berlian 22 karat berwarna merah jambu untuk isteri MO1 Najib Razak.Wang tersebut juga digunakan untuk membeli gambar bernilai AS$750,000 sebagai hadiah kepada pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio.
Yang ketiga dan terbaru, DoJ meletakkan angka yang didakwa diselewengkan itu sebanyak AS$4.5 bilion dan sedang berusaha untuk merampas AS$1.7 bilion dalam aset yang dipercayai diperolehi dengan menggunakan dana yang dicuri dari 1MDB.
3. Apa pun respon yang berlaku di Malaysia hanya sekadar menyatakan ini adalah 'campur tangan Amerika' seperti kenyataan menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Salkeh Said Keruak. Manakala Peguam Negara dan PMO menyatakan tiada bukti yang mensabitkan PM Najib.Namun 'counter statement' begini tidak berupaya membersihkan nama Malaysia dan PM Najib yang telah menjadi bahan ketawa antarabangsa serta dihina
Sebaliknya maklumbalas sedemikian menambahkan lagi wajah buruk Malaysia yang telah busuk akibat 'disolek' oleh tindak tanduk kerajaan serta institusi penguatkuasaan yang bertindak menjadi 'jaguh pelindung jenayah dan penjenayah' dikalangan pemimpin politik pemerintah.
4. Saya mencabar kerajaan PM Najib, pertamanya jangan tunggu lama untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap DoJ yang dikatakan mengeluarkan laporan berkaitan wang 1MDB yang berunsur fitnah terhadap Kerajaan Malaysia dan PM Najib.Ini sangat penting untuk membersihkan nama Malaysia dan mengembalikan keyakinan dunia serta memulihkan ekonomi negara.
Sebagai langkah awal kerajaan perlu menghantar wakil dari Jabatan Peguam Negara untuk menyemak dokumen-dokumen pendedahan DoJ serta prosiding perundangan di Amerika Syarikat untuk tindakan undang-undang terhadap fitnah DoJ ke atas Malaysia dan PM Najib.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/11/update-video-mp-bagan-serai-empat.html">Update [Video MP Bagan Serai, empat senator Umno sertai Bersatu] "KAMI DISERANG", dakwaan pihak kuil Adib diilanggar tidak benar sama sekali! >> Berita Malay 18Khamis, 29 November 2018
SIDANG MEDIA Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Datuk Mohamad Hamdan Wahid.
1. Pihak bo… Read More...
Update [Video Adib cedera bukan kerana dilanggar] Mana 'Water Cannon'? Mengapa era kebangkitan reformasi dahulu semburan air dilakukan di Masjid Jamek dan Masjid Kampung Baru? Kesimpulannya, pemaju SALAH, tetapi polis tidak cukup tegas! >> Berita Malay 18Khamis, 29 November 2018
SIASATAN POLIS mendapati peguam kepada pemaju One City Development Sdn Bhd memberi upah RM150,000 kepada 50 lelak… Read More...
Update Pelik Kuil jumpa sijil silat di lokasi, dulu 9/11 CIA jumpa passport Arab >> Berita Malay 18
Pasca serangan 9/11 di WTC, pihak CIA menjumpai passport Arab Saudi milik salah seorang pengganas. Kedua-dua bangunan WTC runtuh dan terb… Read More...
Update [Video Jumlah tangkapan meningkat kepada 30 individu] PM umum syarat baru bina rumah ibadat. >> Berita Malay 18
… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/11/update-video-tun-m-perli-umno-isu-icerd.html">Update [Video Tun M PERLI Umno Isu ICERD, Kuil Seafield "Dia dapat latihan kerajaan lama"] ICERD-PAS masih tak puas hati dgn k'jaan? Gagal main Hudud, main RUU355.. Gagal main RUU355, main LGBT.. Gagal main LGBT, main ICERD.. Gagal main ICERD, nak cari modal lain pula? Pas aje yg betul, orang lain yg salah! >> Berita Malay 18Khamis, 29 November 2018
Suara Rakyat
PAS masih tak puas hati dgn k'jaan walaupun keputusan sebulat suara Kabinet telah menolak & tida… Read More...