Dalam ulasannya mengenai kemelut FGV sebagaimana yang dijanjikannya semalam, Najib Razak mahu segala-galanya diselesaikan pada Ramadan ini juga atau sebelum tibanya sambutan Hari Raya.
Beliau seterusnya memberi panduan penyelesaian mesti berasaskan tiga perkara - dilakukan mengikut undang-undang syarikat, selaras dengan prinsip urus tadbir yang baik dan mesti melalui proses yang adil.
Apa makna kata-kata Perdana Menteri itu?
Semalam blog ini, berdasarkan sumber-sumber yang boleh dipercayai diberitahu bahawa siasatan dalaman terhadap CEO FGV, Zakaria Arshad sudah pun selesai dan lanjutannya satu surat tunjuk sebab akan dikeluarkan terhadapnya pada Selasa, 13 Jun ini.
Zakaria akan diberi peluang menjawab tuduhan-tuduhan terhadapnya berhubung urusniaga Safitex, sebuah syarikat Afghanistan yang berpangkalan di Dubai dengan Delima Oil Products, anak syarikat FGV sehingga menyebabkan syarikat itu menanggung hutang tertunggak yang besar.
Kedudukan beliau selepas itu akan ditentukan oleh Lembaga Pengarah FGV yang dipengerusikan oleh Isa Samad berdasarkan jawapannya terhadap surat tunjuk sebab itu.
Zakaria bersama tiga yang lain sekarang ini sedang dicutikan untuk memudahkan siasatan dalaman dijalankan terhadapnya.
Pada petang semalam juga, Zakaria yang sebelum ini berkeras tidak mahu berundur, malah mencabar akan membawa ke mahkamah jika beliau dipecat, ternampak sudah mula mengendur.
Katanya, beliau sedia berhenti jika diminta oleh Perdana Menteri.
Jika dikaitkan dengan apa yang sedang dilakukan Isa iaitu melakukan siasatan dalaman dan kemudian mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Zakaria pada Selasa ini, ia sebenarnya selari dengan keinginan Najib agar kemelut FGV dapat diselesaikan dalam bulan Ramadan atau sebelum tibanya sambutan Aidil Fitri pada 25 Jun depan.
Malah, proses yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh Lembaga Pengarah FGV terhadap Zakaria juga dilihat bertepatan dengan tiga perkara yang dinyatakan Najib iaitu mengikut undang-undang syarikat, selaras dengan prinsip urus tadbir yang baik dan melalui proses yang adil.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update Syed Saddiq dijangka sertai Kabinet Mahathir >> Berita Malay 18
Wartawan Sinar Harian
13 Jun 2018
Syed Saddiq
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Muar yang juga merupakan Ketua Pemuda B… Read More...
Update [Video Terima kasih Maxis, AirAsia taja Piala Dunia di RTM] Umno semakin DIBUANG! Kelab Pesara Kanan buang 'Umno', sokong kerajaan baru & Gaji penasihat Najib cecah RM200,000 sebulan? >> Berita Malay 18
… Read More...
Update [Video Kenapa Najib Sanggup Menipu Rakyat? Forum 'APA DI SEBALIK 1MDB' Tengok siapa yang BANGANG!] Ho, ho, hooo, Apahal Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia ni nak buang Umno pulak! Aikkk...cepatnya Ibrahim Abu Shah buat u-turn? >> Berita Malay 18Rabu, 13 Jun 2018
CEPATNYA BUAT PUSINGAN U?
Sebelum PRU 14 - Ibrahim Abu Shah berkata, negara ini akan hancur hanya dalam tempoh dua… Read More...
Update Kolumnis PAS: Banyak harta lambatkan Najib, Rosmah masuk syurga >> Berita Malay 18
… Read More...
Update Melayu menyesaikah mengundi HARAPAN... >> Berita Malay 18
Walaupun kini kelihatan seakan ‘mesra kerajaan’, tidak salah untuk kita berpegang kepada hakikat bahawa Utusan Malaysia masih lagi akhbar … Read More...