Mohd Hashim Abdullah berkata, SPR hanya bekerjasama dengan NGO dan Bersih 2.0 berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, bukannya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan bekerjasama dengan Bersih 2.0 untuk memantau dan memastikan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berlangsung secara adil.
Ini kerana kata Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah kepada Oriental Daily, Bersih 2.0 berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), bukannya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
“SPR hanya akan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan, Bersih 2.0 bukannya NGO,” katanya kepada akhbar itu semalam.
Katanya, SPR kini bekerjasama dengan banyak NGO dan sudah membuka permohonan untuk mengambil sukarelawan bagi memantau proses pengundian.
Beliau percaya parti pemerintah dan pembangkang juga akan menghantar wakil mereka untuk melakukan pemantauan di pusat mengundi.
Dalam pada itu itu, Hashim berharap peti undi bergerak dapat dilaksanakan kelak untuk memudahkan pengundi yang tinggal di kawasan pedalaman, menghadapu kesukaran bergerak dan warga emas menunaikan tanggungjawab mereka.
Katanya, perkara itu akan dibincangkan dengan parti pemerintah serta pembangkang selepas kertas cadangan disiapkan dan beliau berharap mereka akan menyokongnya.
Beliau berkata, SPR juga akan meneruskan penggunaan dakwat kekal pada PRU14 dan menambah bilangan pusat mengundi, selain menyediakan pengangkutan untuk menghantar pengundi di kawasan pedalaman, khasnya di Sabah dan Sarawak.
Sementara itu, Hashim bertegas keputusannya tidak mengumumkan daftar pemilih baru tidak melanggar undang-undang kerana tiada peraturan mewajibkan SPR berbuat demikian.
Katanya, pengumuman daftar pemilih baru pada setiap penggal ialah bonus yang diberikan pengerusi SPR terdahulu berdasarkan budi bicara mereka.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update [Video Ucapan Calon Pakatan P161 Pulai JOHOR] PH Kearah Pentadbiran Kerajaan Islam yang lebih baik & Semua calon AMANAH lulus cemerlang, diterima sebagai calon. >> Berita Malay 18Ahad, 29 April 2018
Kearah Pentadbiran Kerajaan Islam yang lebih baik....
Semua calon AMANAH lulus cemerlang, diterima sebagai calon
Semu… Read More...
Update [Video Harapan 'Aisyah' & Kehidupan anak2 di KL-Filem Pendek untuk Malaysia (Meremang beb tengok video ni)] Anda ada berapa sebab untuk tolak Najib & BN? >> Berita Malay 18Ahad, 29 April 2018
Negara menghadapi banyak cabaran dan masalah sejak tahun 2009. Satu demi satu skandal telah terbongkar. Ekonomi dan … Read More...
Update Selepas bunuh isterinya, lelaki ini bawa kepala mangsa yang dipenggal berjalan-jalan >> Berita Malay 18
… Read More...
Update [Video Pas SPR bukan mandatory, IC sahaja sudah mencukupi] Isu Penamaan Calon, Rafizi Tetap Yakin Pakatan Harapan Menang & Proses Penamaan Calon Paling BURUK! Majlis Peguam desak SPR, Polis tarik balik syarat tidak wajar. >> Berita Malay 18
… Read More...
Update KES DUN RANAU: Bukan Lupa Bawa Pas tapi TIDAK DIBERIKAN pas >> Berita Malay 18
Kronologi insiden DUN Rantau :
25 April 2018 - Streram membayar RM8,000 (wang deposit RM5,000 untuk bertanding dan deposit RM3,000 untuk … Read More...