Oleh Zainudin Maidin
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong telah meminta maaf kepada rakyat Singapura secara terbuka atas persengketaan dengan adik beradiknya berhubung dengan isu tanah rumah kediaman bapanya yang diwariskan kepadanya yang tiba-tiba mencemarkan integriti keluarganya, rakyat, negara dan dan parti PAP
Atas kesedaran itu,beliau menjanjikan kepada rakyat Singapura untuk mengadakan Full Public Hearing dalam Parlimen Singapurra bulan depan bagi membolehkan anggota pembangkang dan juga anggota partinya sendiri untuk menyiasatnya secara bebas dan beliau bersedia untuk menjawabnya.
Sesiapapun yang melihat video ini ,pasti akan bertanya dalam hati kenaapa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib yang menghadapi berbagai tuduhan kotor tidak sanggup untuk melakukan apa yang mahu dilakukan oleh PM Singapura itu.
Jaminan Hsien Loong itu walaupun belum dilaksanakan tetapi sekali gus memulihkan penghormatan dan keyakinan rakyat terhadapnya untuk mengawal warisan bapanya, sebuah kerajaan Singapura yang dihormati dunia kerana integriti dalam kebersihan dan kecekapannya.
Read More / Baca Lagi >>