Beliau berkata, perkara itu akan diumumkan bersama manisfesto PAKATAN untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan diyakini mampu mengatasi Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Katanya, Tawaran lebih menyeluruh merangkumi cadangan dasar seperti pendidikan percuma untuk semua dan perubahan kepada dasar perumahan memudahkan golongan belia memiliki kediaman sendiri.
“TN50 berkata Bangsa Malaysia bakal menjadi kenyataan pada 2050 tetapi PAKATAN menawarkan Bangsa Malaysia sekarang, dalam 2017 atau 2018.
“Tiada keperluan menunggu sehingga 2050 kerana kami akan melakukannya sekarang jika dipilih, bersama pendidikan, perumahan dan pekerjaan yang lebih baik,” katanya dipetik MalaysianInsight.
Pada masa sama, Nik Nazmi yang juga Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi yakin rakyat akan menerima kekuatan dimiliki Tawaran berbanding TN50.
“Tawaran juga memasukkan usul untuk menjadikannya lebih berkemampuan bagi peminat bola sepak menonton perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris dan Sepanyol La Liga.
“Manifesto biasa mempunyai dasar pendidikan, pekerjaan dan perumahan jadi kami akan mengambil komponen belia serta menjadikan ia pakej dalam Tawaran untuk diberi kepada Pemuda PAKATAN,” katanya.
Terdahulu, Barisan Nasional (BN) memulakan inisiatif TN50 untuk mendapatkan idea golongan muda berkenaan dasar diingini mereka dalam tempoh tiga dekad akan datang selepas 2020.