Update Tiga Jenazah Pelajar Tahfiz Selamat Dikebumikan >> Berita Malay 18

Kuala Krai - Suasana pilu di tanah perkuburan Al Falah, berdekatan pusat Tahfiz Al Hashimi, di Kampung Tualang, di sini, ketika tiga daripada tujuh jenazah pelajar tahfiz yang maut dalam kemalangan van dikebumikan.

Hujan renyai mengiringi pengebumian Mohamad Hafiz Aimullah Mustafa, 18; Nik Shah Jehan Nik Azmi,16; dan Muhammad Hakimi Mohammad Dahalan, 17, dalam satu liang jam 12.10 tengah malam.

Lebih 100 ahli keluarga termasuk guru dan pelajar tahfiz hadir memberi penghormatan terakhir kepada ketiga-tiga arwah.

Empat lagi jenazah iaitu Muhammad Rahman Rozali, 17; Sarifuddin Mohamad,14, Ahmad Farhan Zulkifli,14 dan Nik Ahmed Daniel Nik Ahmed Rithaudeen, 14, diserahkan kepada keluarga masing-masing.

Terdahulu, empat jenazah termasuk Muhammad Rahman disembahyangkan di Masjid Al Hashimi diimamkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, Abdul Latif Abdul Rahman sebelum tiga daripada mereka dibawa di tanah perkuburan, berdekatan pusat tahfiz terbabit.

Muhammad Rahman dibawa ahli keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai, Bachok.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab Rahman dan Pengasas Tahfiz Al Hashimi, Datuk Adnan Hashim.

Solat jenazah yang diimankan oleh ADUN Mengkebang

Dalam kemalangan itu, tujuh pelajar tahfiz maut manakala tujuh lagi parah selepas van yang dinaiki terbabas sebelum merempuh sebuah rumah dalam kejadian di Kilometer 55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Kampung Telekong, Kuala Krai.

Lima mangsa maut di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia di Hospital Kuala Krai.

Tujuh mangsa lagi termasuk dua guru pengiring dilaporkan parah dikejarkan Hospital Kuala Krai dan Hospital Machang untuk rawatan lanjut.

Subscribe to receive free email updates: