Update Tragedi Anak Tahfiz: Mangsa Ketujuh Meninggal Dunia >> Berita Malay 18

Seorang lagi pelajar tahfiz dari Pusat Tahfiz Al Hashimi, Tualang, Kuala Krai, Mohd Hakimi Mohd Dahlan, 17, yang parah dalam kemalangan membabitkan van merempuh rumah di Kampung Telekong, meninggal dunia di Hospital Kuala Krai kira-kira 3.30 petang menjadikan keseluruhan tujuh pelajar meninggal dunia.

Pengasas pusat tahfiz itu, Datuk Adnan Hashim berkata, tiga jenazah iaitu Mohamad Hafiz Aimullah Mustafa, 18; Nik Shah Jehan Nik Azmi, 16; dan Mohd Hakimi Mohd Dahlan, 17, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tahfiz Al Hashimi, Tualang dalam satu liang lahad.

Katanya, empat lagi masing-masing Nik Ahmed Daniel Nik Ahmed Rithaudeen, 14, di Bunot Payong, Kota Bharu; Muhamad Rahman Rozali, 17, dikebumi di Kampung Tok Dosah, Bachok; Ahmad Farhan Zulkifli, 14, di Seri Jaya, Dabong dan Sarifuddin Muhammad, 14, di Thailand.

“Kita membuat tanah perkuburan yang baru khas diberi nama Al-Falah kerana ia satu musibah yang besar selepas banjir besar pada Disember 2014.

“Ada juga keluarga yang minta untuk dikebumikan anak-anak mereka di kampung masing-masing dan ibu bapa mempunyai hak untuk buat keputusan.

“Kita bina tanah perkuburan ini kerana mahu memperingati nahas kemalangan,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Krai, hari ini.

Subscribe to receive free email updates: