Rafizi berkata sudah tiba masanya untuk Majlis Raja-raja masuk campur, susulan laporan yang mendakwa Najib membayar sejumlah wang kepada peguam untuk menentang musuh politiknya, terutama sekali Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim yang dipenjarakan atas dakwaan liwat.
“Siasatan perlu tertumpu kepada banyak mana kesan dan pengaruh bayaran yang dibuat kepada pegawai mahkamah, terutama sekali pendakwaraya yang dilantik kerajaan, Shafee Abdullah, dalam keputusan mahkamah terutama sekali sehingga Anwar dipenjarakan,” kata Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan.
Shafee dilantik sebagai pendakwaraya awam ketika peringkat rayuan perbicaraan liwat Anwar selepas Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada dakwaan liwat.
“Saya merancang kempen kesedaran melalui media sosial untuk menjelaskan kepada penduduk kampung bagaimana wang mereka digunakan Najib untuk menamatkan kerjaya politik Anwar, yang menyebabkan dia dipenjarakan.
“Saya juga akan memberikan perhatian saya kepada semua fakta penting dalam kertas siasatan yang memberikan perincian bagaimana penjawat awam tinggi tahu mengenai dana yang disalurkan ke akaun peribadi Najib sebelum perkara itu didedahkan kepada umum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Najib dan akaun bank peribadinya menjadi tumpuan selepas Sarawak Report menerbitkan artikel "Najib Paid Anwar's Prosecutor RM9.5 Million From 1MDB Slush Fund WHY?" pada 31 Mei lalu, menambah yang Shafee merupakan “individu terbanyak menerima wang daripada akaun berkaitan 1MDB”.
Najib didakwa membayar Shafee sebanyak RM5.2 juta pada Febuari 2014 dan RM4.3 juta pada September 2013.
Read More / Baca Lagi >>