Update TUN M PENYELAMAT KITA... >> Berita Malay 18

Berikut adalah jawapan Tun Mahathir Mohamad tentang kemungkinan beliau bakal menjadi Perdana Menteri semula lantaran kebelakangan ini isu tersebut menjadi perbualan ramai dan diperkatakan di mana-mana.

Beliau memberikan jawapan itu ketika menjawab soalan dalam program #HangpaTanyaChedetJawab versi 2 yang disiarkan secara langsung melalui laman Facebooknya, semalam.

"Saya tidak boleh belakangkan kawan-kawan saya dalam Pakatan Harapan. Kalau mereka mempunyai cadangan yang seperti itu dan ini pula dipersetujui, mungkin saya terpaksa pertimbang.

"Tetapi pada waktu ini, saya tidak bersetuju untuk jadi Perdana Menteri. Saya telah menyatakan setelah saya bersara, saya tidak akan menjadi Perdana Menteri semula,” tegasnya.

Ditanya apakah peranan yang bakal dimainkan beliau sekiranya Pakatan Harapan menang dalam PRU14 dan berjaya membentuk kerajaan, Mahathir menyatakan kesediaannya untuk menjadi penasihat.

"Saya cuma berharap parti memerintah bertanyakan kepada saya berkenaan isu-isu tertentu kerana saya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, saya ada banyak pengalaman berguna.

“Kalau pun ada kerajaan-kerajaan yang didirikan selepas PRU14, kalau saya diberi peluang untuk beri pendapat, kalau ada soalan-soalan memerlukan perbincangan, saya bersedia ambil bahagian dalam perbincangan untuk mencari penyelesaian," katanya lagi.

Apakah makna paling mudah untuk kita fahami daripada jawapan Tun Mahathir itu?

Pertama, beliau tidak berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri semula setelah Najib Razak disingkirkan.

Kedua, keputusan melantik Perdana Menteri setelah Pakatan Harapan memenangi PRU 14 mesti dilakukan melalui perbincangan dalam gabungan itu dan akhirnya satu keputusan konsensus hendaklah dicapai.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: