Update (Video) Berang Dihon Rampas Parkir, Wanita Tunjuk 'Langsi' >> Berita Malay 18



Seorang wanita bukan saja menunjukkan isyarat lucah, malah membaling sepasang selipar ke arah sebuah kereta yang dipandu seorang pemandu wanita.

Menurut pemandu itu, Ann Lim, wanita itu berang kerana dia membunyikan hon setelah wanita itu dan pasangannya merampas petak parkir sedangkan Ann telah menunggu lama dan memberi isyarat untuk masuk ke petak parkir tersebut.

Kejadian itu didakwa berlaku di Langkawi dan cerita yang berlegar di media sosial didakwa berlaku seperti ini:

Perakam: Ini parking kami sudah tungguh lama.
Penyerang: Aku masuk ikut belakang, you tunggu depan.
Perakam: You tahu undang-undang, tak? I sudah bagi signal, hon you sudah, you masuk lagi.
Penyerang: You ada lesen?
Perakam: memang ada la, parking banyak kenapa nak ambil parking I?
Penyerang: Parking banyak, you pergi cari lain.

Video wanita itu menunjukkan isyarat lucah dan menyerang kereta Ann di hadapan seorang kanak-kanak (dipercayai anaknya) boleh ditonton di bawah:



Wanita itu dilihat membaling kedua-dua belah selipar ke arah kereta Ann Lim dan berkaki ayam sahaja selepas itu. Lelaki dipercayai suami kepada wanita terbabit hanya membiarkan isterinya.

Video kejadian ini dimuat naik oleh Ann ke akaun Facebook miliknya. Ia kemudiannya telah menjadi viral di Facebook dan Twitter dan menimbulkan kecaman netizen.



Walaupun cerita dari pihaknya mungkin kedengaran berbeza, tidak sepatutnya beliau sebagai wanita yang mengenakan tudung menunjukkan isyarat dan menyebut perkataan lucah di hadapan seorang kanak-kanak apatah lagi dalam bulan Ramadan yang mulia.

Dan terdapat bukti jelas juga beliau telah menyerang kereta Ann.

Sepatutnya bulan Ramadan menjadi waktu kita mempraktikkan kesabaran serta tidak bersikap zalim terhadap orang lain.

Subscribe to receive free email updates: