Sebak apabila suaminya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Kilometer 20.2 Lebuhraya KESAS, arah Bukit Tinggi ke Shah Alam itu pada hari ke-10 Ramadan, semalam dan dia ke tempat kejadian melihat jenazah suaminya.
Video suasana pilu berdurasi tiga minit itu tular di laman sosial hari ini dan mengundang simpati netizen.
Selain wanita itu, seorang lagi wanita dipercayai ibu mangsa turut pengsan sebelum dipapah orang ramai ketika melihat keadaan arwah.
Dalam kejadian 7.15 pagi itu, mangsa, Ahmad Nizam Nazahar, 34, yang bekerja sebagai anggota polis bantuan di sebuah kolej swasta dipercayai gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan di lebuh raya berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Perundangan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Kamaludin Mohamad berkata, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan.
Menurutnya, siasatan polis mendapati kemalangan berlaku dalam keadaan cuaca kering dan permukaan jalan kering.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat petang semalam.
"Tiada kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kemalangan dan tiada saksi tampil memberi keterangan.
"Siasatan masih diteruskan bagi mengenalpasti punca kemalangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Related Posts :
Update Penjawat awam dinasihat waspada tawaran pinjaman wang Angkasa >> Berita Malay 18
KUANTAN 13 Mei - Penjawat awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dinasihat agar berwaspada dengan tawaran pinjaman wang secara mudah o… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2019/05/update-pukulan-mati-kit-siang-patut_13.html">Update “PUKULAN MATI"? KIT SIANG PATUT CERMIN DIRI >> Berita Malay 18
-+
Tambah Najib, selepas Pakatan Harapan kalah berturut-turut dalam tiga PRK iaitu di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau tidak ada … Read More...
Update Pas nak jadi apa? Sepatutnya Pas sokong PH tapi pelik Pas sokong UmnoBN! APA LAGI NAJIB (pemimpin no 1 Umno) NAK PUTAR BELIT BOHONG! Itupun PAS bermati2an berusaha memastikan BN kembali berkuasa? 13 Mei, moga tak berulang >> Berita Malay 18Isnin, 13 Mei 2019
PAS PELIK
Dulu Pas berjuang menuntut pilihanraya bebas dan adil
Kerana pilihanraya tidak adil dan tidak bebas di bawah B… Read More...
Update 'Perang saudara' menantu Hadi vs Nik Abduh, semuanya berpunca dari 'DEDAK Umno'? Zaharudin: MB T'ganu, Khalil bukan ahli 'kartel dedak' & Kartel dedak: 'Saya dedah agar presiden, pimpinan tak terpalit' [Video Yapeim rugi RM12juta dalam skim gadaian emas] >> Berita Malay 18Isnin, 13 Mei 2019
Otai BERSIH
SEMUANYA BERPUNCA DARI DEDAK UMNO.
'Perang saudara' di antara menantu Hadi iaitu us Zaharudin @ Din ayam den… Read More...
Update Zaharudin: MB T'ganu, Khalil bukan ahli 'kartel dedak' >> Berita Malay 18Zaharudin: MB T'ganu, Khalil bukan ahli 'kartel dedak': Zaharudin menuduh Amanah bertanggungjawab mengaitkan nama-nama itu dengan senarai ah… Read More...