Kejadian tersebut yang dipercayai berlaku di sebuah tadika di Fengxian County, Wilayah Jiangsu pada awal pagi tadi telah mengakibatkan beberapa orang terbunuh serta menyebabkan berpuluh-puluh ibu bapa dan kanak-kanak tercedera.
Menurut laporan yang dipetik daripada media di China, punca letupan terbabit masih lagi tidak di ketahui dan masih lagi dalam siasatan.
Masih belum lagi diketahui jumlah sebenar ibu bapa, kanak-kanak dan guru yang tercedera namun begitu bilangan yang tercedera adalah 59 orang keseluruhannya.
Letupan tersebut dikatakan berlaku dalam lingkungan pukul 4.50 petang di sebuah bangunan yang di sewa oleh pengusaha sekolah terbabit untuk di jadikan sekolah tadika.
Melihat daripada gambar serta video yang sempat di rakamkan selepas kejadian memaparkan sebilangan kanak-kanak serta ibu bapa yang berlumuran darah bertaburan di seluruh kawasan luar bangunan tadika berkenaan.
Imej dan video yang telah dipadamkan daripada media sosial China oleh penapis, tetapi kekal sehingga di Twitter dan YouTube, Pihak Wartawan Jalanan Akan Memuat Naik Video Selepas ditapis.
Letupan Di Tadika Menyebabkan Tujuh Maut Manakala 59 Tercedera. Baca Berita Penuh: https://t.co/afQ05RsTkS http://pic.twitter.com/YSPO6cUQiH— Wartawan Jalanan (@W_Jalanan) 16 Jun 2017