Pemandu kereta Forte nekat rempuh dua peragut hingga patah kaki selepas cuba melarikan diri sebaik meragut seorang gadis berusia 19 tahun di hentian bas Jalan Kuari, Cheras, hari ini.
Menurut laporab Harian Metro Dalam kejadian 9.30 pagi itu, mangsa yang sedang menunggu rakannya di hentian bas didatangi dua lelaki yang masing-masing berusia 23 dan 18 tahun dengan menaiki motosikal Yamaha 125Z.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, lelaki itu meragut beg tangan mangsa menyebabkan gadis itu segera menghubungi rakannya yang dalam perjalanan menjemputnya di lokasi kejadian.
"Suspek kemudian merempuh kereta rakan mangsa yang kebetulan tiba di hentian bas itu. Mereka terjatuh di bahu jalan selepas merempuh Kia Forte itu.
"Suspek mengalami kecederaan di muka, badan dan patah kaki. Justeru, polis menahan mereka dan membawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, semakan mendapati motosikal yang digunakan suspek adalah dicuri dan mereka mempunyai rekod lampau membabitkan kes dadah.
Susulan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. - Harian Metro
Related Posts :
Update Makam Pembantu Firaun berusia 4,400 tahun ditemukan >> Berita Malay 18
16 Disember 2018
Patung-patung di dalam makam Wahtye di Saqqara, Mesir (Reuters)
MESIR - Sebuah pemakaman pe… Read More...
Update [Video Dulu kita boleh tidur masjid, markas tak ada rungutan tetapi sekarang] Baaa Ngang abadi! >> Berita Malay 18Ahad, 16 Disember 2018
Mintak Nyawa...tunggu episod seterusnya...
Otai BERSIH
Bangang abadi...
Otai BERSIH
Pengerusi Amanah Perak Asmu… Read More...
Update [Video K'jaan akan jatuh, dimarahi, dihina bila perut rakyat lapar] MUHYIDDIN BAKAL 'TERBUNUH' BERSAMA ANWAR? Sukarkah menjangkanya? >> Berita Malay 18Ahad, 16 Disember 2018
Tumpang sekole.
MUHYIDDIN BAKAL 'TERBUNUH' BERSAMA ANWAR?
“Kemasukan Ahli Parlimen UMNO ke dalam Bersatu adalah ba… Read More...
Update [Video Mujahid: PAS dah tak ada apa2 dah dgn Amanah & Kita Takboleh Anggap DAP Sebagai Ancaman-Hadi] Jahat ooi depa.Main gagau kot belakang? PAS sudah tiada apa pada Amanah >> Berita Malay 18Ahad, 16 Disember 2018
Jahat ooi depa.Main gagau kot belakang
PAS sudah tiada apa pada Amanah
Ibarat patahnya arang, hari ini Na… Read More...
Update [Video KJ Desak Zahid Letak Jawatan Sekarang] STAY DI UMNO bererti masih mempertahankan Najib dan Zahid! >> Berita Malay 18Ahad, 16 Disember 2018
STAY DI UMNO BERERTI MASIH MEMPERTAHAN NAJIB DAN ZAHID....LEBIH MULIA DARI BERKETUAKAN TUN? OPEN SAY TO SHAHRIR
Ah… Read More...