Parti Amanah Negara Negeri Perak telah menambah 9 foto baru
YB Dato' Seri Hj Mohammad Nizar berbuka puasa di Masjid Al-Furqan, Taman SPPK anjuran Amanah Ipoh Timur sehingga selesai solat Tarawih di masjid berkenaan. Turut hadir di majlis Iftar, YB Dr Lee Boon Chye Ahli Parlimen Gopeng serta kepimpinan PKR Cabang Gopeng.
Tahniah Amal Relief (ARiF) Negeri Selangor yang telah berjaya menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dalam usaha mengumpul dana pasukan sukarelawan itu semalam.
ARiF Selangor adalah antara negeri yang paling aktif dengan pelbagai penganjuran serta kebersamaan misi-misi kemanusiaan.
Saya doakan ARiF terus maju dan sukses.
ARiF Selangor adalah antara negeri yang paling aktif dengan pelbagai penganjuran serta kebersamaan misi-misi kemanusiaan.
Saya doakan ARiF terus maju dan sukses.
'Masjidil Haram pun tak tanya parti'
“Saya teringat baru-baru ini saya pergi ke umrah, orang banyak di Mekah. Tak ada pun orang jaga depan pintu Kaabah atau pun Masjid al-Haram yang tanya: awak Umno atau PAS? Di situ dari seluruh dunia apa-apa parti pun datang untuk menunaikan ibadah" kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkongsi pengalamannya sambil menyatakan rasa kecewa apabila beliau dilarang menggunakan pekarangan Masjid An-Nur di Pekan Kundang Ulu, Pagoh untuk majlis berbuka puasa serta menyampaikan sumbangan beras oleh anggota jawatankuasa masjid baru-baru ini.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu terpaksa meneruskan program tersebut di pekarangan rumah persendirian yang jaraknya lebih kurang 200 meter dari Masjid An-Nur.
Dalam ucapannya kepada kira-kira 200 hadirin semalam, Muhyiddin meluahkan kekecewaan terhadapan sekatan itu yang mencatatkan sejarah buat pertama kali sejak beliau menjadi wakil rakyat.
“Saya agak rasa kecewa kerana dulu selalunya buat di halaman depan masjid dan tuan rumah tiada sekatan dan halangan dalam kawasan-kawasan masjid...
"Pertama kali agak rasa terkejut kerana sekatan yang dikenakan walaupun saya masih lagi ahli prlimen Pagoh,” katanya.
Beliau berkata, tiada satu masjid yang tidak mendapat bantuannya sepanjang beliau berkhidmat kepada kawasan Pagoh.
Malu orang kutuk DAP
Berbeza dengan pengalamannya di kawasan itu, Muhyiddin sebaliknya memuji kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP yang membuka masjid tanpa mengira mana-mana fahaman politik.
Beliau menceritakan pengalamannya di suatu majlis berbuka puasa di Masjid Pulau Betong, Balik Pulau.
“Dalam majlis itu timbalan yang dipertua Majis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dari DAP turut hadir.
“Timbalan yang dipertua Maipp dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri tiada mengenakan sekat. Umno boleh pakai walaupun mereka itu parti pembangkang di Pulau Pinang, namun untuk perpaduan ummah, masjid dibenarkan.
“Jadi saya rasa malu juga, orang kata DAP menentang Islam, tapi di Pulau Pinang DAP memberi ruang yang luas seperti rumah ibadat dapat digunakan untuk memupuk perpaduan ummah tak kiranya orang Islam dan juga ada hadirinnya orang bukan Islam,” katanya.
Sebanyak 45 masjid di kawasan parlimen Pagoh menghantar wakil untuk menerima sumbangan daripada Muhyiddin.
Pada 1 Jun lalu Malaysiakini melaporkan, Muhyiddin tidak mendapat keizinan untuk mengadakan majlis berbuka puasa serta menyampaikan sumbangan beras yang sepatutnya diadakan di Masjid An-Nur.
Larangan itu kata Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Pagoh, Datuk Tahir Mohd Taat, disampaikan melalui surat yang difaks ke pejabat pusat komuniti parlimen Pagoh oleh Pejabat Kadi Daerah Tangkak.
Menurut Muhyiddin kejadian seperti dialaminya dipercayai tidak berlaku di tempat-tempat lain.
Justeru, katanya, orang ramai perlu menilai tahap kepimpinan yang ada ketika ini.
Malaysiakini.