Kecewa dengan bekas isterinya yang tidak mahu pulang melihat dua orang anak perempuan walaupun ketika hari raya, seorang lelaki mengamuk dan mengugut mahu membunuh dua anaknya di Kampung Suang Parai, Menggatal dekat Kota Kinabalu, Sabah, semalam.
Menurut laporan Harian Metro, Dalam kejadian 5 petang itu, suspek berusia 30 tahun bertindak mengurung dua anak perempuannya berusia empat dan lima tahun dan mengacukan pedang di leher mereka.
Seorang lelaki ditahan polis selepas mengamuk dan mengugut mahu membunuh dua anak perempuannya berusia empat serta lima tahun di sebuah rumah di Kampung Suang Parai, Menggatal dekat Kota Kinabalu, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, polis menerima laporan daripada sepupu suspek bahawa lelaki itu mengurung anaknya di sebuah bilik di tingkat atas rumah.
"Suspek dipujuk sepupunya namun gagal. Dia kemudian terhidu bau asap dari bilik suspek dan ternampak lelaki itu membakar sesuatu di dalam bilik
"Pengadu juga nampak suspek mengacukan pedang samurai ke leher anaknya sambil menjerit supaya tidak masuk campur," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Chandra berkata, bimbang perkara tidak diingini, sepupu suspek segera menghubungi polis.
"Sepasukan polis yang tiba cuba memujuk suspek menyerah diri serta tidak mencederakan anak-anaknya.
"Polis juga mengepung lokasi kejadian dan beberapa minit kemudian, suspek membawa anaknya keluar dan menyerahkan dua beradik itu kepada seorang ahli keluarga," katanya.
Beliau berkata, kanak-kanak terbabit tidak cedera manakala suspek ditahan dan senjata seperti pedang samurai dan pisau pemotong sayur dirampas .
"Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan siasatan awal mendapati punca suspek mengamuk disebabkan kecewa kerana bekas isterinya yang berada di Johor tidak pulang berhari raya bersama.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana melakukan cubaan membunuh," katanya. - Harian Metro
Related Posts :
Update [Video SHAFIE APDAL DISAMBUT OLEH RIBUAN RAKYAT SABAH SELEPAS DIBEBASKAN] Orang Sabah tak kenal Najib kalau saya tidak bantu, kata Shafie. >> Berita Malay 18Sabtu, 28 Oktober 2017
Orang Sabah tak kenal Najib kalau saya tidak bantu, kata Shafie
Sebagai orang yang ada jasanya pada kerjaya politik… Read More...
Update 3 Anggota RELA Dakwa Dipukul Datuk Seri Berusia 28 Tahun >> Berita Malay 18
ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong menunjukkan kecederaan yang dialami anggota RELA yang didakwa dipukul… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2017/10/update-video-jangan-percaya-lagi-kpd.html">Update [Video JANGAN PERCAYA lagi kpd NAJIB! Sabah Untuk Sabah] "Masa kita ambil dulu (masuk) Umno, dia (Musa Aman) mana ada jet, mana ada harta". >> Berita Malay 18Sabtu, 28 Oktober 2017
Masyarakat pedalaman Sabah terpaksa menggunakan khidmat 'ambulans kerbau' untuk ke hospital.
Musa Aman… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2017/10/update-video-mansuh-tol-federal-najib.html">Update [Video Mansuh Tol, Federal (Najib) akhirnya tunduk kepada tekanan rakyat S'gor & Ini kali lah TUKAR] "Kami ditipu, dan ditipu lagi," kata Jeffrey & Bajet 2018 abai Sabah dan Sarawak. >> Berita Malay 18Sabtu, 28 Oktober 2017
Kenapa Kadar Kemiskinan Sabah Tertinggi Di Malaysia"
YouTube
Bajet 2018 abai Sabah dan Sarawak
Sabah dan Sarawa… Read More...
Update [SKIM KERAJAAN NEGERI] Kenapa gambar ADUN PAS pada sampul skim Peduli Sihat Selangor? >> Berita Malay 18
Juwairiya melalui laman sosial Facebooknya sebelum ini memuat naik gambar beberapa keping sampul surat yang tertera logo dan tulisan Skim… Read More...