Update Wira Perkasa anjur kempen 'menapak Sivarasa secukup rasa' >> Berita Malay 18

Dengan memakai baju hitam dan bersongkok serta membawa bendera PERKASA, mereka dilihat  bergambar sambil memijak lakaran muka pemimpin PKR itu, sebagai simbolik kempen yang dinamakan "Menapak Sivarasa secukup rasa".
Azrul berkata tindakan itu diambil selepas mendakwa Sivarasa ingkar titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang individu tidak bertauliah berucap di dalam masjid.
"Tindakan biadap Sivarasa ini mengundang murka daripada Sultan Selangor sehingga sultan menitahkan "Sivarasa, you have crossed the line" di dalam suatu majlis dua hari lepas. Hal ini dilaporkan di dalam akhbar-akhbar utama semalam.
"Wira PERKASA Malaysia menganggap tindakan Sivarasa ini adalah suatu tindakan disengajakan kerana di atas kapasitinya sebagai ahli parlimen dan seorang peguam, masakan dia tidak tahu undang-undang dan kuasa Sultan Selangor sebagai ketua agama Islam di negeri ini.
"Sepatutnya dia lebih arif perkara ini dan mentaati titah daripada Sultan Selangor," Kata Azrul dalam kenyataannya.
Sultan Sharafuddin Jumaat lalu menegaskan, tindakan Sivarasa berucap di dewan solat Masjid An Nur Kampung Melayu Subang baru-baru ini sebagai 'melampau batas'.
Baginda turut melarang anggota politik daripada berceramah atau berucap dalam masjid kerana tidak mahu tindakan itu menjadi punca perpecahan umat Islam.
Sehubungan itu, Wira PERKASA mendesak kerajaan mengembalikan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai langkah pencegahan agar semua orang lebih berhati-hati dalam tindakan mereka.
"Kita mahu bertanya kepada kerajaan, apakah tindakan daripada pihak kerajaan apabila sesuatu pihak itu menimbulkan kemurkaan Raja-Raja Melayu seperti dalam kes ini? Adakah tidak ada tindakan boleh diambil?
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: