Hasan Arifin berkata Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB sudah dibentangkan di Parlimen untuk tindakan kerajaan.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkata jawatankuasa tidak akan membuka semula siasatan terhadap 1MDB biarpun Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan saman sivil terbaru untuk menyita aset yang didakwa dibeli dengan dana yang didakwadigelapkan dari dana pelaburan milik kerajaan itu.
Datuk Hasan Arifin berkata saman itu tiada kaitan dengan siasatan PAC, dan Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB sudah pun dibentangkan di Parlimen untuk tindakan kerajaan.
“Terpulang kepada kerajaan persekutuan untuk ambil sebarang tindakan. PAC tidak akan buka lagi siasatan,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Hasan menjawab pertanyaan pemberita sewaktu diaju soalan mengenai saman terbaru DoJ, yang mahu menyita AS$540 juta (RM2.3 bilion) aset termasuk karya seni, barang kemas dan hak filem “Dumber and Dumber To” dan “Daddy’s Home”.
Keseluruhan nilai aset yang cuba didapatkan DoJ meningkat kepada AS$1.8 bilion (RM7.7 bilion) dengan tindakan mahkamah terbaru itu.
DoJ mendakwa dari 2009 hingga 2015, lebih AS$4.5 bilion (RM19 bilion) milik 1MDB dilencongkan pegawai tinggi dana itu dan rakan mereka.
Ini kali kedua Hasan berkata jawatankuasa tidak akan membuka semula siasatan ke atas 1MDB, selepas DoJ pada Julai tahun lepas dilaporkan sedang menyelongkar aset yang dipercayai dibeli dengan dana yang digelapkan daripada 1MDB.
Saman sitaan Julai tahun lepas mahu mendapatkan kembali semua aset termasuk tetapi tidak terhad kepada Hotel Park Lane di New York, sebuah hotel mewah di Beverly Hills, kondominium di New York, jet mewah, karya seni, serta biaya filem Martin Scorcese “The Wolf of Wall Street”, yang dibintangi Leonardo DiCaprio.
PAC yang dianggotai 9 ahli Parlimen kerajaan dan 5 ahli Parlimen pembangkang mengemukakan rumusan dan cadangan kepada kerajaan berhubung tadbir urus syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan itu pada 7 April 2016.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update [ADA SELERA?] Polis tangkap lelaki ancam rogol Siti Kasim >> Berita Malay 18
Seorang lelaki tempatan ditahan kerana dipercayai membuat ancaman terhadap aktivis dan peguam Siti Zabedah Kasim, yang lebih dikenali seb… Read More...
Update [Video Jangan Takut Pangkah HARAPAN, Undi Adalah Rahsia!] Kerajaan tidak tahu siapa undi siapa! Jangan takut...'Berkopiah' tapi berterusan memfitnah? >> Berita Malay 18Khamis, 27 Julai 2017
Suara Rakyat
Suka Halaman Ini · Semalam ·
Akhlak kamu berkopiah berserban bag… Read More...
Update [Video Dalam dewan bincanglah kebajikan rakyat bukan berkhutbah, terbaik Dato Husam] Pas sukar menang kerusi PRU14, kata penganalis politik >> Berita Malay 18Khamis, 27 Julai 2017
Pas sukar menang kerusi PRU14, kata penganalis politik
Kewujudan Pakatan Harapan (PH) menyukarkan Pas untuk memen… Read More...
Update Syarikat Prasarana Malaysia Berhad Menjadi Sasaran Tilikan Ahli Nujum @RafiziRamli Pula >> Berita Malay 18
Ahli Nujum Negara, Rafizi Ramli muncul kembali. Kali ini dengan ramalan bahawa Syarikat Prasarana Malaysia Berhad akan kerugian RM142 jut… Read More...
Update [Video 'Anjing boleh terus menyalak, karavan akan terus bergerak'] Najib hanya berani berdepan ‘penonton’, menikus bila di Parlimen. >> Berita Malay 18Khamis, 27 Julai 2017
Kucing dan Tikus
Najib hanya berani berdepan ‘penonton’, menikus bila di Parlimen
KUALA LUMPUR, 26 JUL: Ahli Parl… Read More...