Miyyo Rizone atau nama sebenarnya Amirul Rizwan Musa, 21, berhabis RM200,000 untuk menjalani pembedahan wajah secara berperingkat sejak tahun 2014.
Wajah lelaki kelahiran Ketereh, Kelantan itu berubah secara total sepertimana watak Squall Leonheart dalam Final Fantasy seperti yang diinginkannya.
Perubahan wajah Amirul itu mendapat kecaman hebat daripada netizen sejak dua minggu lalu hingga ada yang memaki hamunnya.
"Bukan sahaja melalui telefon, di luar juga ada yang bertemu saya hanya untuk memaki hamun. Bagaimanapun, saya ambil positif," katanya kepada Harian Metro.
Amirul mengakui menjalani pembedahan wajah sejak 2014 termasuk dua pembedahan di luar negara bagi meneruskan kerjayanya sebagai model sejak tiga tahun lalu.
Saya pernah menjuarai pertandingan Ulzzang Asia secara dalam talian pada 2012 dan mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan selepas itu selepas ditawarkan menjadi model.
"Saya tidak sangka gambar wajah saya menjadi tular sehingga menerima panggilan dan mesej tidak henti-henti daripada orang ramai hanya untuk mengutuk saya.
"Lebih menyedihkan, ada yang datang bertemu secara berdepan semata-mata untuk memaki hamun saya," katanya.
Menurut anak bongsu daripada lapan beradik itu, biarpun menerima kecaman teruk daripada masyarakat dia berusaha untuk bersikap profesional dan tidak mahu cepat melatah kerana keadaan itu sedikit sebanyak membantu memajukan perniagaannya.




Related Posts :
Update Blogger PH kata Jadual Potongan Gaji PTPTN ZALIM >> Berita Malay 18
TULISAN OLEH BLOGGER PAKATAN HARAPAN, SHAHBUDIN HUSIN
Dalam isu PTPTN yang menjadi perbualan hangat masyarakat ketika ini berikutan pengu… Read More...
Update Rakyat resah isu PTPTN, Anwar jamin timbang semula keputusan Maszlee, Wan Saiful >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR - Keresahan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan diadukan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahath… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/12/update-ph-kerajaan-koktel-gagal.html">Update PH “KERAJAAN KOKTEL", GAGAL BERFUNGSI >> Berita Malay 18
Tan Sri Annuar Musa hari ini berkata, PH gagal berfungsi secara berkesan sebagai kerajaan kerana pertembungan perbezaan idelogi parti… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/12/update-ph-kerajaan-koktel-gagal_7.html">Update PH “KERAJAAN KOKTEL", GAGAL BERFUNGSI >> Berita Malay 18
Tan Sri Annuar Musa hari ini berkata, PH gagal berfungsi secara berkesan sebagai kerajaan kerana pertembungan perbezaan idelogi parti… Read More...
Update Ingat Nama Ni, Wan Saiful, Maszlee: Sejak Masuk KPM, Kerja MENYUSAHKAN Orang Sahaja - Najib >> Berita Malay 18
Nama dia Wan Saiful. Ingatlah nama dan wajahnya. Sekali dengan Maszlee.
Apa nama pejuang mahasiswa itu? Kalau jumpa tanya khabar.
Kesemua … Read More...