Sebanyak 99 peratus tuduhan pembangkang mengenai isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor adalah tidak benar, kata pegawai khas perdana menteri, Datuk Rizal Mansor.
Menurutnya, antara tuduhan yang tidak benar mengenai Rosmah ialah wujudnya dakwaan isteri perdana menteri itu mengawal suaminya, Datuk Seri Najib Razak dan pentadbirannya serta mempunyai pejabat di Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Bagaimanapun, Rizal memberitahu, kewujudan pejabat berkenaan sebenarnya telah ada semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ia bagaimanapun dihentikan semasa Najib mengambil alih sebagai perdana menteri.
“Memang betul pejabat isteri perdana menteri ada wujud di Pejabat Perdana Menteri masa era perdana menteri keempat dan kelima, tetapi (semasa) era Datuk Seri Najib, pejabat isteri perdana menteri dah tak ada dan Datin Seri Rosmah tak pernah sekali pun masuk ke pejabat itu.
“Mereka (pembangkang) terbalikkan fakta. Kerana apa? Kerana Datin Seri Rosmah kata ‘saya tak perlukan pejabat itu sebab saya tak masuk pejabat. Saya memang tak suka pergi pejabat pun’,” kata Rizal.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan mesyuarat agung Pemuda Umno Kelana Jaya hari ini.
Selain itu, Rizal menambah, pejabat berkenaan terletak bersebelahan dengan pejabat perdana menteri dan ia merupakan tempat di mana isteri wakil kenamaan dari luar negara ditempatkan semasa perdana menteri menerima lawatan rasmi.
Rizal bagaimanapun memberitahu, Rosmah sebaliknya lebih suka menerima tetamu di kediaman rasmi mereka di Seri Perdana.
Katanya lagi, berbeza dengan tuduhan yang dilemparkan, Rosmah hanya pernah mengunjungi PMO sebanyak dua kali setahun iaitu semasa kakitangan PMO membuat jamuan hari jadi serta pejabat berkenaan menjadi tuan rumah untuk majlis rumah terbuka.
Related Posts :
Update [Video Makcik ini tetap Undi Warisan kah3 & Parti Mana Makcik Ni Sokong?] Rais ingatkan Umno, lautan manusia hadir ceramah HARAPAN & Nak BOIKOT AIRASIA? >> Berita Malay 18
… Read More...
Update @AirAsia Kini Biru >> Berita Malay 18
Tidak sampai sebulan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, DS Tony Fernades dipuji dan dipuja kerana menawarkan tambang murah ke… Read More...
Update [Video Kerusi kubu kuat BN bakal tumpas 9 Mei ini] Go Pakatan go, tidak sampai 30 jam lagi! Ketahuilah bahawa Rakyat di Brunei, Singapura, Indonesia dan Thailand telah mendoakan agar parti-parti dlm Pakatan Harapan (PKR) dapat menumbangkan BN pada PRU14. >> Berita Malay 18Isnin, 7 Mei 2018
Rafizi Ramli
Suka Halaman Ini · 3 jam ·
KAJIAN KEPUTUSAN PRU-14 INVOKE MALAYSI… Read More...
Update [Video Hidup Tun! bergema dalam hujan & Komen Usop Wilcha Calon Parlimen Muar Syed Saddiq] BN semakin panik, “Jom! Kita Ubah BN sebagai pembangkang di Parlimen!” & Pakar ekonomi, Ramon Navaratnam minta rakyat sokong PH >> Berita Malay 18Isnin, 7 Mei 2018
BN panik, perlekeh kebangkitan rakyat bersama PH – Dr Dzul
Kenyataan perang saraf BN kononnya tidak berlaku kebangkit… Read More...
Update Helikopter Pengantin Wanita Jatuh dan Terbakar >> Berita Malay 18
7 Mei 2018
Foto: Jabatan bomba Sao Paulo.
VIDEO
SAO PAULO - Seorang pengantin wanita di datang ke upacara pernikahannya de… Read More...