Ramai yang menarik nafas lega selepas Pakatan Harapan akhirnya memuktamadkan barisan kepimpinannya, namun masih ada, terutama di kalangan penyokong tegar gerakan Reformasi, yang agak tidak selesa melihat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi pengerusi gabungan itu.

Kebimbangan mereka itu dapat difahami. Lagipun, bagi mereka, orang inilah yang sebelum ini pernah bertanggungjawab menyebabkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merengkuk di penjara.
Malah, mereka yang tidak benar-benar mengikuti politik pun tahu bahawa tindakan Mahathir memecat Anwar daripada jawatan timbalan perdana menteri telah melahirkan gerakan Reformasi pada tahun 1998.
Jadi, bolehkah dia dipercayai untuk memastikan Anwar akan menjadi perdana menteri kelapan negara sekiranya HARAPAN muncul sebagai pemenang dalam pilihan raya umum ke-14?
Dan walaupun Mahathir dilihat tidak menyukai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang terbukti melalui kritikan tanpa hentinya terhadap Najib dan malah tindakannya keluar Umno bagi kali ketiga (Mahathir pertama kali dipecat dari parti itu oleh Tunku Abdul Rahman pada 1969), apa yang akan berlaku jika Umno memutuskan untuk meninggalkan Najib?
Adakah Mahathir akan meninggalkan Pakatan Harapan dan kembali semula kepada Umno, parti yang diterajuinya selama lebih daripada 20 tahun?
Lagipun, ia bukan kali pertama beliau kembali semula ke pangkuan parti politik terbesar di negara ini.
Atau adakah Mahathir, seperti dua orang pendahulunya, kekal di luar Umno sehingga nafas terakhirnya?
Seberangi 'garis merah'
Mengulas mengenainya, setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail percaya bahawa Mahathir telah lama menyeberang "garis merah".
"Semakin saya terlibat dengannya (Mahathir), saya hanya boleh membuat kesimpulan bahawa beliau tidak akan berpatah balik.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update Diberi bekal 500 rupee, anak saudagar berlian ini berjuang hidup dalam kemiskinan >> Berita Malay 18
… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/03/update-pm-akan-curi-pru14-berita-malay.html">Update PM akan "curi" PRU14... >> Berita Malay 18
Walaupun terpalit pelbagai skandal, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa akan “mencuri” pilihan raya umum ke-14 melalui manipula… Read More...
Update [Video KAJIAN TERKINI: 3 Penjuru-PAS Tak Menang Walau 1 Kerusi Pun] MENGHAYATI TULISAN TERAKHIR ALLAHYARHAM SANUSI JUNID. >> Berita Malay 18Sabtu, 10 Mac 2018
MENGHAYATI TULISAN TERAKHIR ALLAHYARHAM SANUSI JUNID
Semalam, Jumaat 9 Mac 2018, negara dikejutkan dengan berita kema… Read More...
Update [Video Tun Dr Mahathir: Siapa Arah BUNUH Altantuya?] Hapuskan GST, subsidi minyak, antara manifesto HARAPAN... >> Berita Malay 18Jumaat, 9 Mac 2018
Hapuskan GST, subsidi minyak, antara manifesto HARAPAN...
Pakatan Harapan (HARAPAN) malam ini melancarkan manifesto 138… Read More...
Update [Video Dr M senarai 62 kesalahan Najib sejak jadi PM] Amanah senaraikan dua bekas Umno jadi calon di Terengganu. >> Berita Malay 18Jumaat, 9 Mac 2018
Amanah senaraikan dua bekas Umno jadi calon di Terengganu
Kedua-dua bekas aktivis Umno itu pula disenaraikan oleh Am… Read More...