Kuala Lumpur - Kegiatan pelacuran dan perjudian berselindung di sebalik hotel bertaraf tiga bintang terbongkar dalam Ops Noda dan Ops Dadu yang dijalankan oleh sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di ibu negara, semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sukri Kaman berkata, operasi dijalankan kira-kira jam 5.30 petang hasil maklumat dan risikan.
Menurutnya, hasil serbuan tersebut telah berjaya menangkap 22 orang wanita warganegara asing dari berumur lingkungan 19 hingga 32 tahun disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran.
"Semakan dapati wanita terbabit terdiri daripada warganegara Vietnam, Indonesia, Rusia, Mongolia, Kazakstan, Thailand dan Republik Kyrgyz.
"Selain itu, enam orang pelanggan dan tiga orang penjaga premis turut ditahan," katanya.
Dalam serbuan yang sama, polis turut membongkar kegiatan perjudian komputer di hotel terbabit.
Tambahnya, sembilan individu membabitkan empat orang pemain dan lima penjaga telah ditahan selain rampasan mesin slot.
"Kesemua tangkapan dibawa balik ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut," katanya.
Kes disiasat di bawah seksyen 372b Kanun Keseksaan dan Seksyen 56 (1)(l) Akta Imigresen, Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen dan Seksyen 39(b) Akta Imigresen serta Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Related Posts :
Update [Video Kempen di Cameron Highlands makin 'panas'] AOK TAHU vs Mana Maw Lari BOSSKU! Siapa pun yang menang di Cameron Highlands, NAJIB TETAP KENA JAWAB DI MAHKAMAH, jangan tangguhkan perbicaraan. >> Berita Malay 18Khamis, 24 Januari 2019
SIAPA PUN YANG MENANG DI CAMERON HIGHLAND, NAJIB TETAP KENA JAWAB DI MAHKAMAH, JANGAN TANGGUH DAN LENGAHKAN...
J… Read More...
Update Video Tular Penjelasan TERBAIK Azmin AlI, isu Jangan bayar PTPTN >> Berita Malay 18
… Read More...
Update [Video Dakwaan Dr. Mahathir mahu BN menang hanya cerita rekaan BN - Wan Azizah] TAHNIAH DAN PUJIAN BUAT SALAHUDDIN AYUB & YB Dato’ Ir. Phahrolrazi Mohd Zawawi telah diumumkan sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS. >> Berita Malay 18Khamis, 24 Januari 2019
Baja NAFAS yang sudah dibungkus.
TAHNIAH DAN PUJIAN BUAT SALAHUDDIN AYUB
NAFAS UMUM PELANTIKAN PENGURUS BESAR, P… Read More...
Update (Cari Kontraktor Lain?) Tun M tidak tahu kontrak CCCC ditamatkan >> Berita Malay 18
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memaklumkan beliau tidak mengetahui sama ada kontrak kontraktor utama projek Laluan Rel Pantai … Read More...
Update [Video PEMBEKAL 'Pakaian Sekolah' NAK UNTUNG JANGAN MELAMPAU!] Jangan percaya fitnah BN! Rosmah dakwa ada cubaan percepatkan kes rasuahnya..Walaun dengan bmmacai kan banyak kali cepat suruh tangkap. He he hek! >> Berita Malay 18Rabu, 24 Januari 2019
Fitnah yg di sebarkan...
Otai BERSIH
Walaun dengan bmmacai kan banyak kali cepat suruh tangkap. Hehe
Pakatan Harapa… Read More...