Parti Amanah Negara (Amanah) akan memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan kerajaan melanjutkan perkhidmatan Ketua Hakim Negara Tan Sri Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.
Timbalan presiden Salahuddin Ayub berkata, tindakan kerajaan yang tidak mengikut Perlembagaan itu tidak pernah berlaku dan telah mengheret Malaysia sekali lagi ke dalam krisis Perlembagaan baharu.

"Tindakan (Datuk Seri) Najib (Razak) jelas tidak mengendahkan Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana, menurut laporan, pelantikan itu dibuat di bawah perkara 122 (1A) Perlembagaan Persekutuan dan ini menyebabkan pelantikan Tan Sri Raus adalah bercanggah dgn Perkara 125 (1) Perlembagaan Persekutuan, sepertimana menurut pendapat mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Muhammad," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jumaat lalu, Pejabat Perdana Menteri berkata Raus akan terus memegang jawatan ketua hakim negara untuk tempoh tiga tahun lagi mulai 4 Ogos manakala Zulkefli akan terus berkhidmat sebagai presiden Mahkamah Rayuan untuk 2 tahun lagi mulai 28 September.
Mereka dijadual bersara apabila usia mencecah 66 tahun ini.
Kerajaan berkata keputusan mengekalkan Raus dan Zulkefli dibuat mengikut Perkara 122B(1) Perlembagaan Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.
Salahuddin berkata, Najib cuba berselindung di bawah Perkara 122 (1A) bagi mewajarkan pelantikan Tan Sri Raus.
"Ironinya, semua maklum bahawa sebelum ini kerajaan sudahpun melanjutkan pelantikan Tan Sri Raus sebagai Ketua Hakim Negara setelah umur beliau mencecah 66 tahun dan lanjutan itu hampir tamat tempoh, dan sekali lagi beliau dilanjutkan perkhidmatan.
"Tambahan lagi, kerajaan juga menyebut pelantikan Tan Sri Raus bagi tempoh tiga tahun lagi dibuat di bawah Perkara 122 (1A) sedangkan Perkara 122 (1A) hanya memperuntukan kuasa Yang Di-pertuan Agung (YDPA) melantik hakim tambahan Mahkamah Persekutuan.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update ‘Majlis UMNO’ di sekolah, BN semakin bankrap moral. >> Berita Malay 18Rabu, 4 Oktober 2017
Guru besar sekolah terbabit Mohd Amin Hamzah (gambar) mempertahankan program tersebut, sambil menekankan ia bukan majl… Read More...
Update [Video Tun M: Hanya diktator suruh murid kibar bendera parti] Tun M: Umno mahu mengajar rakyat menipu diri sendiri sejak kecil. >> Berita Malay 18Rabu, 4 Oktober 2017
Hanya kerajaan diktator sanggup mengarahkan pelajar menaikkan bendera serta menyanyikan lagu parti pemerintah, kata… Read More...
Update Pesara kerajaan ni hidup dalam himpunan sampah... >> Berita Malay 18
Video yang dikongsikan oleh Kuan ...
Kisah seorang wanita warga emas yang juga pesara kerajaan yang tinggal dengan timbunan sampah dalam … Read More...
Update [Video Gula-gula FELDA: Manis Sebelum Tapi Pahit Selepas PRU14] Tian Chua bawa Quran, Bible, Gita ke penjara. >> Berita Malay 18Khamis, 5 Oktober 2017
Tian Chua bawa Quran, Bible, Gita ke penjara
Susulan tindakan mengejutnya menarik balik rayuan pagi ini, naib … Read More...
Update Ada cubaan singkir presiden FAM, kata TMJ >> Berita Malay 18Usaha itu dilakukan beberapa anggota exco FAM yang seringkali tidak sependapat dengannya, kata Tunku Ismail.
JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Joh… Read More...