Update AMANAH CADANG TUBUH JAWATANKUASA KHAS PANTAU ISU 1MDB >> Berita Malay 18

KUALA LUMPUR – Amanah mencadangkan agar satu Jawatankuasa Khas ditubuhkan untuk memantau pegawai kanan kerajaan termasuklah menteri-menteri berkaitan isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, jawatankuasa ini akan mengenal pasti sama ada pegawai dan menteri terlibat menjalankan tanggungjawab mereka pada negara.
“Ahli Jawatankuasa  Khas ini akan terdiri daripada bekas-bekas tokoh, Hakim Negara, Peguam Negara yang masih mempunyai kedudukan tinggi di mata rakyat seramai 10 orang.
“Tugas mereka adalah untuk memantau dan mengenal pasti jika salah laku khususnya dalam isu berkaitan seperti 1MDB.
“Sekiranya didapati mereka ini tidak menjalankan tanggungjawab yang sebetulnya, maka tindakan akan diambil sama ada menasihati atau undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambahnya lagi, isu-isu lain yang terjadi di negara juga akan turut dipantau oleh jawatankuasa ini.
“Selain 1MDB, isu-isu besar negara juga akan turut diberi perhatian seperti Felda Global Venture dan lain-lain.
“Kami juga telah mengenal pasti beberapa nama yang tersohor yang mempunyai kredibiliti untuk menyertai Jawatankuasa ini,” katanya lagi.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :