Update Apa Pakatan Harapan Boleh Buat Dalam Masa 100 Hari Untuk FELDA? >> Berita Malay 18


Pengumuman kepimpinan Pakatan Harapan mengenai komitmen 100 hari pertama pentadbiran setelah mendapat mandat membentuk kerajaan terutama memulihkan FELDA tidaklah menghairankan.

Melihat kepada zaman Pengerusi Pakatan Harapan menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, apa telah terjadi kepada FELDA Labu, Sendayan dan Sungai Buaya? Bukankah kesemuanya telah difaraidkan kepada kroni? 

Masihkah kita percaya Tun Dr Mahathir sebagai 'Top Dog' Pakatan Harapan dan 'Below Dogs' di bawahnya akan memperbetulkan FELDA dalam masa 100 hari? Cerita rumah FELDA seperti gambar di atas sudah cukup untuk menilai keprihatinan DS Najib Tun Razak.


Semasa melancarkan Buku Jingga pada 2010 di Pulau Pinang, Pakatan Pembangkang telah berjanji 100 hari juga. Antara janji mereka termasuk menaikkan gaji guru, menghapuskan tol dan menurunkan tarif air. 

Namun apa sudah jadi sekarang? Gaji guru tidak dinaikkan sebab bukan bidang kuasa mereka. Rejim DAP Pulau Pinang sudah menaikkan tarif air 4 kali.

Sebelum PRU 12, Joseph Lim Guan Eng berkata caj 50 sen Tol Sungai Nyiur 'mencekik darah' Rakyat. Namun, selepas 10 tahun memerintah Pulau Pinang, tol masih beroperasi. 

Di Selangor pula, Menteri Besar DS Azmin Ali membeli syarikat air Splash dengan harga RM2.9 bilion, hampir 10 kali ganda daripada harga asal. Beginikah cara Pakatan Pembangkang berjanji untuk meringankan kos sara hidup Rakyat? 

Yang lucu ialah janji untuk memulakan proses reformasi institusi. Reformasi apa yang hendak dibuat? 'Bapa Reformasi' pun sudah berbaik-baik dengan 'Mahafiraun'. Reformasi apa lagi yang ada?
Bagi sebahagian generasi kedua dan ketiga peneroka yang masih sangsi dengan langkah Kerajaan menjaga kebajikan peneroka, kita minta mereka bertanya kepada generasi pertama, adakah pada zaman kegemilangan Tun Dr Mahathir-Anwar Ibrahim, adakah para peneroka diraikan seperti sekarang di zaman DS Najib Razak dengan menikmati pelbagai insentif kewangan, perumahan dan skim bantuan terutama yang terbaru seperti di bawah?






Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :