Hari ini, 10 Julai adalah hari ulangtahun kelahiran Tun Mahathir Mohamad yang ke-92.
Selamat hari lahir Tun…moga terus dipanjangkan umur, dianugerahkan kesihatan yang baik dan diberi kesempatan oleh Tuhan meneruskan perjuangan menyelamatkan negara ini daripada bahana kleprokrasi sehingga ke titik akhir kejayaan.

Kebanyakan orang lain menyambut hari ulangtahun kelahiran dengan kegembiraan, tetapi Tun Mahathir bukan saja menyambutnya dengan komitmen untuk kekal berjuang, malah yang lebih mengharukan ialah sedia menawarkan dirinya untuk ditangkap dan ditahan.
Ia berikutan tindakan Najib Razak yang mengatakan Tun Mahathir kini sedang panik susulan penubuhan Suruhanjaya Diraja berkaitan kerugian urusniaga forex yang berlaku hampir 30 tahun lalu.
Meskipun suruhanjaya itu belum lagi berfungsi dan belum juga memanggil saksi-saksi, tetapi Najib sudah pun berani membayangkan kemungkinan pertuduhan jenayah bakal dihadapi oleh bekas Perdana Menteri itu.
“Pada hari raya saya ucap selamat hari raya kepada Najib tapi dia asyik berusaha macam mana untuk tangkap saya.

“Tak apalah, dia ada kuasa, tangkaplah!” kata Tun Mahathir.
Sebelum ini juga Tun Mahathir mencabar isteri Najib, Rosmah Mansor agar menyamannya jika beliau melakukan fitnah atau membuat tuduhan tidak berasas terhadapnya.
Namun, sehingga ini Rosmah terus senyap tanpa khabar berita, sama senyapnya seperti Najib yang dua tahun lalu mengatakan akan menyaman akhbar The Wall Street Journal, tetapi sehingga ini masih belum terdengar apa-apa khabar berita mengenainya.
Semalam, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun menyifatkan Najib sebagai “negarawan sebenar” di negara ini, manakala Tun Mahathir disifatkan tidak layak sama-sekali memakai gelaran tersebut.
Sebagai “negarawan sebenar”, tidak berani menyaman WSJ mungkin tidak berapa “besar kemaluannya” berbanding tidak berani menangkap Tun Mahathir, apatah lagi tawaran berbuat demikian dihidangkan dengan dada yang lapang oleh tuan punya badan.
Apa guna jika sekadar berani menyalahkan Tun Mahathir itu dan ini, tapi masih tiada keberanian sama sekali untuk menangkap dan memenjarakannya.
Apa lagi, tunjukkanlah keberanian sebagai “negawaran sebenar” itu?
Related Posts :
Update Nik Amar perli Mat Sabu tidak tahu jaga Islam? Sebelum kecek huduh, tengok ne orang duduk dalam reban ayam di Kelantan & Umno TINGGALKAN PERIUK TERAKHIR penuh dengan tulang! SPRM cekup 22 lagi penguat kuasa JPJ [Video Mat Sabu: K’jaan runding beli senjata dengan pertukaran minyak sawit] >> Berita Malay 18Sabtu, 20 April 2019
Otai BERSIH
Nik Amar perli Mat Sabu tidak tahu jaga Islam. Cuba baca laporan berita ini, ada lagi orang duduk dalam r… Read More...
Update [KUANTAN] HORMAT DAN TAAT SETIA PADA RAJA SYARAT KELULUSAN PERMIT DAN LESEN PERNIAGAAN >> Berita Malay 18
Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju untuk menambah syarat pada kelulusan permit dan lesen perniagaan pihak berkuasa tempatan dan se… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2019/04/update-masih-ada-walaun-macai-najib-yg.html">Update Masih ada walaun & macai Najib yg KETEGAK "Kalau salah awat tak hukum?" Sabaq2 Najib dah kena tangkap, cuma dibebaskan atas jaminan, dia tak boleh lari mana pun, passport pun kerajaan pegang & Aikk, Datuk bandar Ipoh pun 'hilang' sejak Ogos 2018? [Video Adakah alam bunian ini wujud atau ia ilusi semata-mata?] >> Berita Malay 18
… Read More...
Update Bila PAS dah bersekongkol dgn UMNO-MCA-MIC, kenapa PAS dah TAK BERANI bawa RUU 355 ke Parlimen kali ini & Inilah kisah seorang penyamun (pinjam kata2 Tun M kepada Mantan PM) [Video Ganja atau Kanabis mampu rawat penyakit?] >> Berita Malay 18Sabtu, 20 April 2019
Bila PAS bersendirian tanpa UMNO, MCA & MIC.. bersungguh² PAS bawa #RUU355 ke Parlimen..
Tapi bila PAS … Read More...
Update Ketua Menteri Pulau Pinang Sudah Pandai Berbohong Seperti Sifu Beliau >> Berita Malay 18
Berikut adalah kenyataan KY Chow yang disiarkan oleh Bernama dua hari lepas,
Secara mudahnya cadangan untuk PSR telah diluluskan oleh MPFN … Read More...