Update Berbilion ringgit rugi di bawah Mahathir, sembang Najib >> Berita Malay 18

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membidas Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwanya gagal ketika mentadbir sehingga negara mengalami kerugian berbilion ringgit dan kurang mengambil peduli kepentingan perkhidmatan pengangkutan awam untuk rakyat.
Malah, menurutnya, tindakan menyelamat terpaksa diambil ke atas projek-projek Transit Aliran Ringan (LRT), monorel dan bas, sedangkan pentadbiran kerajaan sekarang berjaya menyiapkan projek kemudahan transit aliran massa (MRT) dengan kos munasabah.
“Proton Holdings Berhad (Proton) gagal dan kena diselamatkan dengan beri RM1.5 bilion dan tambah lagi RM1.5 bilion. Perwaja Holdings Berhad (Perwaja), Malaysia Airlines (MAS) dan Empangan Bakun pun rugi.
“Zaman dia (Dr Mahathir), kerugian sebanyak RM33 bilion dalam urus niaga mata wang asing (forex). Dia asyik sebut pasal 1MDB sedangkan kita ada tanah dan aset yang boleh tarik pelabur dan mengembalikan semula keuntungan.
“Kerugian RM33 bilion itu siapa hendak jawab? Nanti dia jawablah kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI),” katanya yang dipetik akhbar Utusan Malaysia, hari ini.
Dr Mahathir pada Khamis, 27 Julai lalu menerusi Facebook memuat-naikkan sebuah video sinis mengakui dengan kritikan bahawa beliau tidak membuat apa-apa projek pembangunan semasa pentadbiran 22 tahunnya itu.
"Saya bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Najib. Memang pun, saya tidak berbuat apa-apa. (Saya) tak buat bangunan, tak buat jalan apa pun.
"Semua ini dibuat oleh pekerja-pekerja. Saya tak buat apa pun. Satu bata pun saya tak pasang, yang buat (adalah) pekerja-pekerja.
“Jadi patutlah Najib sebut tahniah kepada pekerja-pekerja yang membangunkan Malaysia,” katanya sambil tersenyum sinis.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: