Pertubuhan pendesak pembaharuan pilihan raya, BERSIH, menggesa kabinet membincangkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa mereka melakukan persempadanan semula melalui 'pintu belakang' dan mungkin menjejaskan hasil pilihan raya akan datang.
Mesej itu disampaikan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low, dalam pertemuan di antara kedua-dua pihak hari ini.
Merujuk kepada persempadanan semula yang kontroversi di Kuala Kubu Bharu, Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah, berkata SPR mendakwa apa yang terjadi adalah "kesilapan urusan pentadbiran yang membetulkan sempadan".
Bagaimanapun kata Maria amalan itu sepatutnya tidak dibenarkan dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Katanya, BERSIH mendapati amalan serupa turut berlaku di setiap negeri.
"Ini menyalahi perlembagaan. Justeru kami sedang membincangkan kemungkinan mengambil tindakan undang-undang dengan peguam," katanya kepada
Malaysiakini.

Maria menambah, BERSIH mungkin akan mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bulan depan bagi membolehkan suatu siasatan dibuat.
Katanya, ia adalah satu daripada sembilan isu pembaharuan pilihan raya yang dibangkitkan kepada Low.
Isu lain yang dibincangkan hari ini termasuk 28,000 pengundi tentera, kerajaan sementara dan keperluan SPR yang lebih bebas.
"Perbincangan berlangsung dengan baik. Kami berbincang mengenai pembaharuan yang kami mahu kerajaan lakukan.
"Ada banyak salah laku yang mungkin memberi kesan kepada keputusan pilihan raya umum ke-14," katanya.
Walaupun mendakwa Low tidak menunjukkan komitmen yang diharapkan, Maria berkata, menteri terbabit berjanji untuk membangkitkan isu yang dibincangkan itu kepada pihak yang berkaitan, termasuk Suhakam dan SPR.
"Beliau berkata, pandangan kami akan diajukan kepada pihak yang berkaitan.
"BERSIH juga bertanya sama ada beliau boleh membawanya kepada kabinet. Beliau berkata, beliau akan mencuba sebaik mungkin," katanya.
Related Posts :
Update (GAMBAR) TSUNAMI RAKYAT : Puluhan Ribu di Padang Kota, P.Pinang malam ini >> Berita Malay 18
Padang Kota Lama menyaksikan gelombang rakyat Pulau Pinang yang bukan hanya ingin mempertahankan Pulau Pinang, sebaliknya juga menawan Put… Read More...
Update [Video Dr M: Begitu hinanya kita... Ya, saya ingin rehat] Mahathir rayu undi rakyat, PH tubuh kerajaan baharu esok. >> Berita Malay 18Rabu, 9 Mei 2018
Mahathir rayu undi rakyat, PH tubuh kerajaan baharu esok
Pilihan Raya Umum ke-14 adalah penentu kepada pembangkang untu… Read More...
Update (10 Gambar) Tsunami Rakyat: Ribuan Hadir di Seremban malam ini >> Berita Malay 18
Ceramah Terakhir PRU 14 dengan kebangkitan Rakyat di Jalan Temiang SEREMBAN, N.SEMBILAN
… Read More...
Update [Video Calon termuda dan paling tua PRU14 sepentas] Bertuahnya jadi wakil rakyat, wpun kaki ponteng Parlimen (nak pilih lagi ke?) & Pecah rekod, siaran langsung amanat Pengerusi PH diikuti 266,000 penonton. >> Berita Malay 18Rabu, 9 Mei 2018
Suara Rakyat
6 jam ·
Bertuah jadi wakil rakyat, wpun kaki ponteng tak hadir ke Parlimen tap… Read More...
Update [Video PRU14~Amanat Terakhir Tun Dr. Mahathir Kepada Seluruh Rakyat Malaysia & Jangan korbankan negara kerana 'duit'] Dr M rayu jangan gadai negara kerana sogokan. >> Berita Malay 18
… Read More...