Update Betul, DS @NajibRazak Meneruskan Apa Yang Tun Buat Untuk Pengangkutan Awam Kecuali ... >> Berita Malay 18



Mungkin betul mungkin tidak seperti dakwaan Mantan Perdana Menteri 22 tahun bahawa DS Najib Tun Razak meneruskan apa yang beliau letakkan sebagai asas dalam pengangkutan awam. Ini kita tidak boleh nafikan. Namun ada beberapa perkara yang Tun Dr Mahathir lakukan sepanjang 22 tahun pemerintahan beliau tidak diikuti oleh DS Najib Tun Razak. Antaranya:

1. DS Najib tidak melakukan pengswastaan ke atas pengankutan awam dan 'bail-out' satu persatu apabila gagal.

2. Semua sistem jaringan sistem pengangkutan awam di bawah DS Najib tersusun dan dirancang dengan baik. Jadi tidak berlaku masalah contohnya sistem LRT Putra dan Star LRT di Masjid Jamek tidak berhubung antara satu sama lain. Pengguna terpaksa meredah jalanraya sesak di antaranya untuk bertukar LRT.

3. DS Najib tidak membuat perjanjian kinsensi yang gila dan berat sebelah. Contohnya, cukai lapangan terbang dipotong untuk dibayar kepada syarikat swasta seperti ERL sama ada pengguna menggunakan ERL atau tidak. Tambahan lagi kadar kenaikan tambang ERl dijamin kenaikan sepanjang tempoh konsesi.

4. DS Najib tidak membatalkan perkhidmatan bas mini yang sangat popular dan memaksa syarikat-syarikat lain menjual pegangan mereka kepada syarikat monopoli milik kroni Intrakota yang mana syarikat ini juga turut di'bail-out'.

5. DS Najib tidak mengamalkan sistem teksi di bawah pajakan milik syarikat tertentu. Di bawah DS Najib, secara beransur-ansur permit terksi individu dikembalikan kepada pemandu teksi.

Kesimpulannya, mungkin Tun Dr Mahathir mengasaskan pengangkutan awam. Namun banyak perkara yang negarif di bawah Tun Dr Mahathir tidak diteruskan oleh DS Najib.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :