Update DAP gesa Pandikar benarkan usul bahas 1MDB >> Berita Malay 18

Gobind Singh Deo berkata, perbahasan terbuka di Dewan Rakyat berhubung usul itu akan membolehkan rakyat menentukan betul atau salah untuk speaker menolak soalan mengenai 1MDB.
Gobind-pandikarPETALING JAYA: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia digesa meluluskan usul pembangkang untuk menentukan jika keputusannya menolak lebih 30 soalan berkaitan 1MDB betul atau salah.
Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata, usulnya jelas menyatakan kenapa keputusan speaker tidak boleh dikekalkan.
“Speaker patut membenarkan usul saya dibahaskan di Dewan sekarang dan saya akan meyakinkan beliau sudah silap,” kata wakil rakyat DAP itu dalam kenyataan hari ini.
Usul itu difailkan Gobind pada petang Rabu lalu.
Semalam, Pandikar dalam sidang media berkata, beliau menolak soalan pembangkang mengenai 1MDB kerana perbincangan isu itu adalah subjudis memandangkan ia berkaitan saman sivil difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).
Gobind berkata, soalan pertamanya berhubung maklumat terkini status siasatan 1MDB tidak boleh dianggap “perkara yang belum menjadi masalah”.
“Itu mengarut. Saya sudah kemukakan satu artikel Malay Mail Online bertarikh 12 April lalu di mana ketua polis negara berkata kertas siasatan 1MDB sudah dihantar kepada peguam negara. Jadi, ada siasatan.
“Soalan kedua berkaitan apa cadangan Malaysia mengenai siasatan DoJ. Ini bukan subjudis. Ini soalan sangat mudah. Ini adalah tuntutan melibatkan berbilion ringgit.
“Tentunya Malaysia perlu melakukan sesuatu. Kami mahu tahu apa yang dilakukan peguam negara dan jika beliau tidak melakukan apa-apa, mengapa?
“Soalan ketiga berkaitan bantuan bersama dan jika ada kerajaan asing meminta bantuan Malaysia dalam siasatan 1MDB di negara mereka.
“Soalan ini berikutan aduan peguam negara yang DoJ tidak menghubungi jabatannya mengenai saman itu. Saya melampirkan artikel terbitan New Straits Times pada 16.6.2017 yang menjelaskan tindakan saya. Jadi, bagaimana ia boleh jadi ‘perkara yang belum menjadi masalah’?”
Gobind berkata, soalan itu tidak melanggar peraturan subjudis.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :