Update Demi rakyat Kelantan, jika nak saman... samanlah, kata Husam pada tauke EcoBit >> Berita Malay 18



Naib presiden Amanah Datuk Husam Musa mengalu-alukan hasrat seorang individu Tang Too Siah yang mahu menyaman beliau ekoran kenyataan yang dibuatnya pada 3 Julai lalu mengenai sebuah syarikat yang memungut deposit tanpa kelulusan Bank Negara Malaysia.
Husam Musa calon MB KelantanHusam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Salor dalam kenyataannya itu mahu kerajaan negeri Kelantan menjelaskan sama ada tindakan syarikat Climate Protector menggunakan kelulusan sejuta ekar Hutan Simpan Kekal (HSK) untuk mengutip wang orang ramai dengan menjual token atau 'cryptocurrency' dipersetujui kerajaan negeri.
Ini kerana Menteri Besar Kelantan telah mengumumkan projek 'perniagaan karbon' bertaraf dunia itu pada majlis Aidilfitri 26 Jun lalu sedangkan BNM tiga hari sebelumnya telah menyenaraikan Climate Protector dan sekutunya, EcoBit beroperasi tanpa kelulusan bank pusat itu.
"Saya mengalu-alukan tindakan yang dicadang diambil oleh beliau (Tang Too Siah). Banyak perkara mengenai kepentingan negeri Kelantan, orang awam dan rakyat yang berbangkit sekarang dapat diselesaikan menerusi proses itu Insya Allah," ujar Husam di laman Facebooknya.
Penasihat Amanah Kelantan itu berkata, pihaknya telah menerima aduan yang bertali arus daripada orang ramai termasuk dari Indonesia dan beberapa negara mengenai tuduhan scam melibatkan BTC Panda dan TS Tang.
"Seseorang bernama TS Tang telah banyak dikaitkan di dalam aduan itu. Beliau dikatakan terlibat melesapkan wang pelabur melalui skim bit coin anjuran BTC Panda.
"Saya belum dapat mengesahkan sama ada dakwaan ini benar atau tidak.
"Saya berharap Encik Tang boleh menjelaskan kepada umum sama ada beliau ada terlibat dengan dakwaan itu atau tidak," tambah beliau.
Husam bagaimanapun tidak pasti sama ada TS Tang yang disebutkan oleh para pengadu dan Tang Too Siah yang mengancam untuk menyaman beliau ialah individu yang sama.
Menurut beliau, jika TS Tang yang terlibat dengan BTC Panda adalah sama dengan Tang Too Siah dari Climate Protector dan EcoBit, beliau yakin peringatan yang dibuat kepada Kerajaan Kelantan adalah penting dan mustahak.
Husam juga berharap pihak polis mempercepatkan siasatan ke atas isu ini, yang telah dilaporkan di pelbagai balai polis di seluruh negara antaranya di Setapak, Cheras, Rawang, Kajang, Kepong, USJ8, Paroi, Pantai serta Seksyen 6 Shah Alam.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :