"Bagaimanapun, melalui maklumat pemfailan terbaru DOJ untuk merampas aset yang diperolehi dengan dana yang diselewengkan daripada 1MDB, kami dapati bahawa ada satu lagi 'surat sokongan' rahsia untuk meminjam AS$975 juta dari sebuah konsortium yang diketuai oleh Deutsche Bank pada bulan September 2014 ," kata Pua pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.
Saman DOJ, katanya, mendedahkan bahawa 'Malaysian Official 1' (MO1) telah bagi pihak kerajaan Malaysia, memberikan surat sokongan kepada Deutsche Bank berkaitan dengan pinjaman AS$975 juta."