Laporan itu berkata, dua syarikat yang dikaitkan dengan Yousef yang didakwa menerima sebahagian daripada wang berjumlah AS$ 50 juta, adalah Densmore Investments Ltd yang berpangkalan di Kepulauan British Virgin dan Silver Coast Construction & Boring LLC yang berpangkalan di UAE.
Kedua-dua syarikat itu mula mendapat perhatian umum semasa perbicaraan di Singapura, apabila bank-bank yang gagal membendung pengubahan wang haram berkaitan 1MDB didakwa.
Kedua-dua syarikat itu dinamakan semasa perbicaraan bekas pengurus bank Falcon Private Bank di Singapura, Jens Fred Sturzenegger.
Sturzenegger kemudian dijatuhkan hukuman penjara selama 28 minggu manakala lesen Falcon Private Bank di Singapura dibatalkan.
Beliau didakwa gagal menyekat transaksi mencurigakan, termasuk transaksi AS$ 20 juta kepada Silver Coast Construction & Boring LLC dan urus niaga bernilai AS$ 30 juta kepada Densmore Investment Limited.
Menurut saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ), Granton Property Holding merupakan penerima sebahagian bon bernilai AS $ 3 bilion yang dikeluarkan oleh 1MDB untuk usahasama dengan Aabar Investments PJS, yang juga dikenali sebagai Abu Dhabi Malaysia Investment Company (ADMIC) pada bulan Mac 2013.
Wang tersebut telah digunakan antara lain bagi projek Tun Razak Exchange.
Menurut saman sivil pertama DOJ terhadap 1MDB, sebanyak AS$ 1.26 bilion daripada bon berjumlah AS$ 3 bilion didakwa dialihkan ke Tanore Finance Corporation dan Granton Property Holding.
Daripada jumlah ini, AS$ 835 juta dimasukkan ke Tanore Finance Corporation sementara AS$ 430 juta diterima Granton Property Holding.
Read More / Baca Lagi >>