Mengaibkan dan memalukan bagi Umat Islam Pulau Pinang yang mempunyai EXCO yang menjaga Ugama Islam, berifat lembab dan pekak bedak sehingga tidak malu mengaku semalam baru tahu mengenai tayangan filem gay di Tanjong Tokong, yang juga dinaungi oleh ADUN DAP.
Di bawah penjagaannya, Abdul Malik Abul Kasim mempunyai Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang di mana di dalamnya terdapat ratusan pegawai dan kakitangan. Mustahil tidak ada seorang pun yang menyampaikan perkara ini kepada EXCO yangvterkenal dengan gelaran Malek Itik di media sosial?
Perkara yang sudah lepas baru beliau tahu dan baru nak panggil untuk berbincang (boleh bincang lagi tu?). Nasib baik ada NGO Islam yang mendesak sehingga tayangan filem tu dibatalkan. Kita sarankan Malik Itik sila letak jawatan kerana memalukan Islam.
Nota Kaki: Kerajaan Negeri seperti biasa akan menafikan penglibatan mereka. Untuk rekod, Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri merasmikan Penangpac dan Penangpac pernah mendapat geran RM100,000 dari Kerajaan Negeri.