Kuala Lumpur - Selepas mengejutkan banyak pihak dengan bertindak keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan berusaha menubuhkan sebuah parti bebas rasuah, Datuk Mohamed Ezam Mohd Nor hari ini umum undur diri daripada partinya sendiri.
“Pengunduran ini dilakukan kerana setelah menunggu 2 bulan (31 Mac – 31 Mei) untuk mendapat kelulusan penukaran nama dan perlembagaan daripada Pendaftar Pertubuhan, kita masih belum mendapat apa-apa jawapan daripada mereka.
“Keadaan ini menyukarkan kita untuk bergerak sebagai sebuah parti yang khusus dengan matlamat melawan rasuah dan membantutkan agenda besar perjuangaan menentang rasuah yang kritikal di negara ini sekarang,” katanya dalam satu kenyataan.
Dengan pengumuman ini, Ezam merupakan pemimpin kedua meletak jawatan daripada parti tersebut yang turut dikenali sebagai Parti Bebas Rasuah, selepas Khairuddin Abu Hassan keluar daripada parti tersebut.
Untuk rekod, pada Mac yang lalu kedua-dua bekas pemimpin UMNO itu berganding bahu menubuhkan parti baharu yang bermatlamatkan memerangi rasuah.
Dalam pada itu, Ezam turut menyatakan hasratnya untuk kembali menumpukan gerak kerja melawan rasuah menerusi Hisbah Centre yang diasaskan beliau beberapa tahun lepas.
“Saya ingin merakamkan rasa penghargaan kepada seluruh kepimpinan parti Generasi Baru yang menawar dan memberikan kepercayaan kepada saya menerajui parti dengan cita-cita memantapkan gerakan melawan rasuah di negara ini melalui sebuah parti.
“Malangnya, realiti di negara kita hari ini, pihak pemerintah masih jelas tidak selesa dengan sebarang usaha khusus menentang rasuah dan menggunakan segala alat pemerintahan yang ada untuk membantutkan cita-cita kita," tegas beliau.
Ezam juga menegaskan beliau tetap percaya semangat dan cita-cita untuk melihat negara ini menuju ke arah negara bebas rasuah tidak tergugat.
Related Posts :
Update Subjek Sejarah 'dibunuh' secara perlahan-lahan >> Berita Malay 18
Imej via Bharian
KUALA LUMPUR: Subjek Sejarah yang dikatakan 'dibunuh' secara perlahan-lahan menjadi punca generasi muda kurang me… Read More...
Update Ada guru ponteng kerja 2,000 hari, masih diberi peluang - Mahdzir >> Berita Malay 18
PUTRAJAYA: : Masalah keluarga, beban hutang dan beban tugas harian mengakibatkan terdapat dalam kalangan kakitangan awam yang tidak hadir … Read More...
Update [Video Najib Umno Ni 'Depan Melayu Cakap Lain Depan Cina Cakap Lain' & Masa Banjir Pun PAS Buat Hal] KONTRAK MRT 3 beri kelebihan SYARIKAT NEGARA CHINA KOMUNIS. >> Berita Malay 18Rabu, 15 November 2017
STRATEGI KONTRAK MRT BERUBAH-UBAH UNTUK MEMBERI KELEBIHAN KEPADA SYARIKAT PILIHAN
Laporan berita min… Read More...
Update Ada yang ponteng kerja 2000 hari, tapi masih diberi peluang - Mahdzir >> Berita Malay 18
PUTRAJAYA: : Masalah keluarga, beban hutang dan beban tugas harian mengakibatkan terdapat dalam kalangan kakitangan awam yang tidak hadir … Read More...
Update [Video Banjir Di Pulau Pinang PAS Bakal Menang Besar, Banjir Petanda Tuhan BN Bakal Rampas P.Pinang, & Ustaz Dusuki: Banjir Penang krn KESOMBONGAN PEMIMPIN] Ehm, ehm semua ni Maharaja Lawak? Hidup Umno Hidup DAP...'Politik Lidah Bercabang' parti pemerintah! >> Berita Malay 18Rabu, 15 November 2017
Ibnu Hasyim
Pakatan Harapan
11 jam ·
JANGAN POLITIK LIDAH BERCABANG
Saya mengiku… Read More...