Menteri komunikasi itu mempersoalkan siapa yang mempunyai kata putus di antara 3 jawatan tertinggi.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata barisan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) yang diumumkan lewat malam tadi masih belum mampu menerajui negara seperti mana Barisan Nasional (BN).
“Biar apapun strategi pakatan pembangkang, kemunculannya tetaplah tidak sama dengan BN yang telah teruji kerjasama antara kaumnya dan sikap tolak ansur pemimpinnya tanpa mengabaikan prinsip-prinsip parti,” kata Menteri komunikasi dan multimedia itu dalam catatan blognya.
Beliau turut mempersoalkan siapa yang mempunyai kata putus dalam gabungan itu.
“Ini kerana antara 3 jawatan tertingginya — ketua umum, pengerusi dan presiden, tidak dinyatakan siapakah yang mempunyai kuasa eksekutif dan kata putus terakhir dalam pembuatan keputusan.”
Semalam, PH setuju melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir masing-masing sebagai ketua umum dan pengerusi gabungan 4 parti, sementara Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik menjadi presiden.
Tetapi Salleh berkata ia masih belum dapat memberikan keyakinan.
“Dengan barisan kepimpinan pakatan pembangkang yang sebegini, bolehkah kita memberi kepercayaan kepada mereka untuk menerajui negara? Tentunya tidak kerana masa depan negara bukanlah untuk diperjudikan,” katanya.
Menurutnya, adalah “pelik” apabila Dr Mahathir, yang membacakan kenyataan 2 muka surat PH semalam, masih mengelak daripada menjawab soalan wartawan mengenai calon perdana menteri.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update 80 OKU PENGLIHATAN BERPELUANG BELAJAR MENGAJI >> Berita Malay 18
Pelancaran Rumah Ngaji di Pondok Ar-Raudhah, Jempol bukan saja dihadiri orang biasa, malah turut disertai golongan cacat penglihatan.
P… Read More...
Update Di Hina Suami Sendiri Kerana Tidak Bekerja Hingga Bercerai. >> Berita Malay 18
Memang betullah kata orang tua-tua bahawa lidah lebih tajam dari pisau dan mampu menghancurkan seseorang hanya dengan kata-kata.
Seorang w… Read More...
Update Di Hina Suami Sendiri Kerana Tidak Bekerja Hingga Bercerai. >> Berita Malay 18
Memang betullah kata orang tua-tua bahawa lidah lebih tajam dari pisau dan mampu menghancurkan seseorang hanya dengan kata-kata.
Seorang w… Read More...
Update 'Harap Abang Ngah Sedar, Dia Nak Pergi Konvokesyen' >> Berita Malay 18
Kota Bharu - Bapa kepada mangsa nahas van, Izahar Kasim, 49 mengharapkan anaknya sedar dan pulih seperti sedia kala serta dapat menghadiri … Read More...
Update Mahu Kenal Dengan Lebih Rapat, Fattah Amin Jumpa Keluarga Fazura >> Berita Malay 18
Bintang paling popular 2017, Fattah Amin, 26, akui dirinya semakin rapat dan sedang dalam proses mengenali hati budi pelakon jelita, Fazura… Read More...