Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak hadir ke parlimen kerana dinasihatkan oleh doktor supaya berehat selama dua bulan.

Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Hadi ketika ini sedang bercuti dan hanya akan ke perlimen jika tahap kesihatannya bertambah baik.
"Keadaan kesihatan beliau (Abdul Hadi) sudah baik. Tetapi beliau dinasihatkan oleh doktor supaya mengambil cuti panjang kira-kira dua bulan," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.
Abdul Hadi selamat menjalani pembedahan mengganti injap jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 16 Mei lalu.
Bagaimanapun, Abdul Hadi hadir dan berucap di Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) di Kelantan, minggu lalu.
"Presiden perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa, selain memerlukan rehat yang secukupnya.
"Sebaik sahaja kesihatannya bertambah baik, beliau boleh menyambung tugas yang ditinggalkan," kata Takiyuddin.
Related Posts :
Update DAP, PKR BERI TAMPARAN HEBAT BUAT PAN >> Berita Malay 18
Kuala Lumpur – Episod pertengkaran antara ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berhubung ti… Read More...
Update Rakyat tunggu RCI skandal 1MDB, bukannya Memali >> Berita Malay 18Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin berkata, 1MDB adalah isu yang sedang diperkatakan di seluruh dunia, manakala tragedi Memali yang berlaku pad… Read More...
Update Skandal 1MDB: Kerajaan Umno@BN mohon batal saman AS$3.66 bilion Ezam >> Berita Malay 18
1MDB, pengarahnya, bekas pengarah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah telah memfailkan permohonan… Read More...
Update PM jangan guna agensi kerajaan alih isu >> Berita Malay 18Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diingatkan tidak menyalahgunakan agensi kerajaan demi mengalihkan isu negatif yang dilemparkan terha… Read More...
Update DAP, PKR BERI TAMPARAN HEBAT BUAT PAN >> Berita Malay 18
Kuala Lumpur – Episod pertengkaran antara ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berhubung ti… Read More...