
Sikap DAP mendahului rakan pakatannya dengan menamakan Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa sebagai menteri besar Kelantan mengambarkan pimpinan Pakatan Harapan tidak menghormati parti dalam gabungan itu, kata Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz .
Beliau dipetik berkata, tindakan sering bersaing untuk menunjukkan kekuatan masing-masing boleh menggagalkan impian Pakatan Harapan menggantikan BN pada PRU14 nanti.
“Itulah sikap sebenar DAP yang Pas sudah lama fahami, jadi sebab itulah kita berpisah dengan mereka kerana kita tahu DAP ini bila merasakan dia kuat, dia akan menguasai yang lain.
“Kalaulah DAP saling menghormati parti-parti lain, dia tidak sewenangnya untuk menentukan mana-mana parti yang layak menjadi menteri besar,” katanya kepada media di Majlis Rumah Terbuka Pas Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV di sini semalam.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga, berkata, segala telahan Pas selama ini terhadap Pakatan Harapan telah terbukti berlaku ketika ini dan ia boleh dinilai sesama mereka.
“Sekarang Pakatan Harapan dilihat sering bersaing untuk berada di depan, bagi saya, kalau mereka terus dengan sikap ini, masih tidak sesuai untuk mereka menggantikan BN,” katanya.
Terbaharu, Penasihat Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam ceramah Pakatan Harapan di Dewan Perniagaan Cina di Kelantan telah menamakan Husam sebagai menteri besar jika pakatan itu menang dalam PRU14 nanti.
Kit Siang menyifatkan Husam adalah calon sesuai dengan ketokohannya untuk mengetuai Kelantan setelah ketiadaan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dalam pada itu, respon Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, pula, menyifatkan cadangan Kit Siang mencalonkan Husam sebagai Menteri Besar Kelantan tidak memberi kesan kepadanya.
Sebaliknya berkata Ahmad berkata, rakyat Kelantan mampu membuat penilaian yang bijak sebelum memilih siapa yang lebih layak menjadi pemimpin di negeri itu.
Related Posts :
Update Tahniah!Tun M satu2nya pemimpin Asean diberi penghormatan berucap di Majlis Perasmian #BRF2019 di Beijing! Waktu PRU depa gempur PH, lps PRU mcm ni pulak kisahnya, Menteri PH jenis buta kayu kot! Alkisah Aizat k/tgn SPAD jadi mangsa? Mangsa kepala hotak dia [Video ACAP BUKAN DI AMBIL JIN GUA TEMPURUNG] >> Berita Malay 18
… Read More...
Update STAFOC The Last Stand >> Berita Malay 18
Posting ini CTS tujukan istimewa kepada STAFOC
(Special Task Force On Organise Crime) yang terkenal dengan cogankata PROUD PRIDE HONOUR.
U… Read More...
Update 'Kebahagiaan' PM ke 7 & PM ke 6, bukan biasher biasher! Najib keliru atau Najib dikelirukan? Bezanya PM skrg pergi luar negara ingin membantu ekonomi negara, PM dulu (Bossmu) pergi luar negara nak bantu ekonomi Amerika [Video PRK Sandakan guna logo DAP & Suruhanjaya air nafi laporan tarif air naik RM10 hingga RM15] >> Berita Malay 18Sabtu, 27 April 2019
Sinar TV
1.Unit khas belum bubar, 60% polis ditukarkan 2.PRK Sandakan guna logo DAP 3.Tak bayar cukai RM350,000, Diana… Read More...
Update Profesori...don't 'run away', attend Rome Statute forum... >> Berita Malay 18
Student activist Asheeq Ali Sethi Alivi has challenged the four academics, who co-authored a paper which purportedly convinced the Con… Read More...
Update 'Kamu telah masukkan jari dalam kemaluan mangsa'.. >> Berita Malay 18
Media tempatan sebelum ini melaporkan seorang pembantu perubatan didakwa mencabul pesakit di dalam ambulans yang dalam perjalanan ke Hos… Read More...